in , ,

Tak Follow IG, Netizen Dakwa Syada Gaduh Dengan Shila Amzah?

Nampaknya, kisah dua beradik iaitu penyanyi Shila Amzah dan Syada Amzah kebelakangan ini mendapat perhatian ramai kerana ada yang mendakwa hubungan mereka bermasalah.

Jika sebelum ini, heboh dengarnya Shila Amzah dan Syada tidak follow each other kat INstagram, terbaharu pula, selepas Syada berkongsi cerita mendakwa dihalau dari rumah, Shila amzah menaik status seolah melarang adiknya itu menjaja kisah keluarganya di sosial media. 

Shila akan muncul dalam Famili Duo dengan adiknya Syahir. Ada yang perasan, kat IG story Syada, dia hanya letak hashtag #TeamSyahir je. 

Tak Follow IG, Netizen Dakwa Syada Gaduh Dengan Kakaknya, Shila Amzah?

Apa dah jadi sebenarnya. Budiey sempat menemubual Syada. Seperti ada yang masih berselindung, Syada mengatakan dia dah lama tak follow kakaknya. Tak follow tak semestinya tak support. 

“Simpan kisah keluarga, jangan jadikan cerita untuk dikenali” 

tulisnya menerusi Instagram atau Nurshahila Amir Hamzah pula memuat naik status seolah-olah membalas pendedahan adiknya itu.

Bagaimanapun, Syada, 25, tampil menjawab khabar angin itu dan katanya perselisihan faham antara adik-beradik adalah normal.

“Cakap pasal dingin, saya memang sentiasa perang dingin dengan semua adik beradik saya. Saya rasa kita manusia biasa dan jadi normal sahaja.
“Saya ada terserempak dengan dia dekat Night of Fright. Elok saja boleh bertegur sapa dan peluk. Tak tarik rambut, janga risau. Risau pasal keluarga sendiri dulu okay,”

– Syada Amzah
Tak Follow IG, Netizen Dakwa Syada Gaduh Dengan Kakaknya, Shila Amzah?

Syada turut mengulas mengenai kononnya sokongan sebelah pihak buat abangnya yang bakal bertanding dalam sebuah program realiti nyanyian tidak lama lagi.

“Sebagai adik, saya hanya menunjukkan sokongan kepadanya dan saya tulis sokongan seperti The Amzahs. Jika kami tidak okay, saya tidak akan mengatakan The Amzahs. Jadi saya harap itu jelas,”

– Syada Amzah

Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa Shila dan Syada bermasam muka, lebih lagi apabila kedua mereka saling tidak mengikuti sesama sendiri di Instagram.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jiang Long & Zhang Linghe Bergabung Dalam Drama Tiger and Crane di iQIYI

Danial Dashuki

Danial Dashuki Menang Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Teater Malaysia