in , ,

Tahniah! Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Telenovela Ke-8

Sebanyak 106 telenovela berentap bagi merebut trofi lebih 40 kategori pada Majlis Anugerah Telenovela Kali Ke-8 yang diadakan pada 4 Februari 2023 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL).

Bagi tahun 2020 hingga 2022, karya-karya mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum secara Free-to-Air (FTA) atau di pawagam untuk tontonan umum.

Yayasan Pembangunan Buku Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, majlis anugerah kali ini diadakan bagi meneruskan agenda memilih karya-karya adaptasi “Book2Screen”, atau novel ke drama, telefilem dan filem serta satu bentuk penghargaan secara langsung buat warga kerja industri yang terdiri daripada anak-anak seni dan pemain industri kreatif tempatan.

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) berjaya mengekalkan Anugerah Stesen Penyiar Telenovela Terbanyak sempena Malam Anugerah Telenovela kali ke-8

Antara drama yang memenangi anugerah termasuklah 7 Hari Mencintaimu 2 yang ditayangkan di slot Akasia dan Romantika 4 Hari 3 Malam serta drama Ayahanda yang ditayangkan di slot Lestary.

Anugerah berkenaan turut mendapat kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Senarai Pemenang Anugerah Telenovela Kali Ke-8

Pasangan Serasi Telenovela Popular 2019 

Pelakon : Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)

Pasangan Serasi Telenovela Popular 2020

Kamal Adli & Uqasha Senrose (Perempuan Tanpa Dosa) 

Pasangan Serasi Telenovela Popular 2021

Sean Lee & Amelia Henderson (Romantika 4 Hari 3 Malam) 

Anugerah Khas Pilihan Juri (Budaya, Nilai Kemasyarakatan, Seni & Estetika)

Drama Ripin Mugha Batu (TV2) 

Anugerah Khas Pilihan Juri (Teknikal Produksi Terbaik)

Orange Tree Production Sdn Bhd (Jangan Ganggu Jodohku – Astro Ria)

Pelakon Lelaki Telenovela Popular 2019

Ben Amir (Sweet Dreams)

Pelakon Lelaki Telenovela Popular 2020

Ben Amir (Sang Pewaris)

Pelakon Lelaki Telenovela Popular 2021 

Syafiq Kyle (Suara Hati)

Pelakon Harapan Telenovela

Idham Maulana (Jangan Pernah Lupakan Aku)

Pelakon Kanak-Kanak Harapan

Arryyan Petra (Lelakimu Yang Dulu)

Pelakon Wanita Telenovela Popular 2019 

Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)

Pelakon Wanita Telenovela Popular 2020 

Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku 2)

Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021

Sharifah Rose (Kekasih Hati Mr Bodyguard)

Penerbit Telenovela Harapan 

Mache All Star United Sdn Bhd

Telenovela Popular 2019 Sweet Dreams (Astro Ria)

Telenovela Popular 2020 

7 Hari Mencintaiku 2 (TV3)

Sinematographi Telenovela Terbaik

Setelah Ku Dimiliki (TV3)

Pelakon Lelaki Telefilem Terbaik

Beto Kusyairy (Sesekali)

Pelakon Wanita Telefilem Terbaik 

Fatimah Abu Bakar (Pendoa Yang Ikhlas)

Pelakon Pembantu Telefilem Terbaik

Hariry Jalil (Sesekali)

Penulis Skrip Telefilem Terbaik 

Lily Haslina Nasir (Sesekali)

Pengarah Telefilem Terbaik 

Hisyamudin Ahmad (Sesekali)

Pengarah Telenovela Terbaik 

Dato Ahmad Tarmimi Siregar (Ayahanda)

Penyuntingan Telenovela Terbaik

Jangan Ganggu Jodohku (OrangeTree Production Sdn Bhd)

Lagu Tema Terbaik

Takdir Tercipta Nyanyian Adira & Hafiz (Lelakimu Yang Dulu)

Pelakon Wanita Telenovela Terbaik 

Laila Nasir (Ripin Mugha Batu)

Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik 

Asrul Faizal (Ripin Mugha Batu)

Novelis Terbaik

Fatimah Saidin (Korban Kasih)

Novel Terbaik

Korban Kasih (Fatimah Saidin)

Telefilem Terbaik

Sesekali (Unit Drama RTM & Dewan Bahasa dan Pustaka)

Telenovela Terbaik

Ayahanda (Zeel Production Sdn Bhd)

Tahniah Kepada Semua Pemenang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAYS

Usahawan Digalak Terokai Pasaran Global Menerusi Program Say Aspire 

Anak Dedah Suami Miera Leyana Culas Bayar Nafkah, Tetapi Bercuti Ke Austria