in , ,

Mira Filzah Kembali Sedia Aktif Berlakon Selepas Fokus Jaga Anak

Tonton Temubual Eksklusif Bersama Pelakon Mira Filzah Di Karpet Merah Anugerah Telenovela Ke-8.

Pelakon, Mira Filzah berkongsi keterujaan bakal kembali aktif dalam bidang lakonan pada tahun ini dan terbuka menerima watak yang dirasakan bersesuaian dengannya.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, dia sudah mula menerima beberapa tawaran, namun ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian terlebih dulu.

“Status sebagai seorang isteri dan ibu tidak mengubah apa-apa, saya masih terbuka untuk apa jua watak. Namun, saya tetap akan meneliti tawaran yang diberikan di mana saya akan melihat jumlah hari penggambaran dan lokasi di mana.

“Itu semua antara yang saya titik beratkan dan hanya selepas itu saya akan buat keputusan. Insya-Allah tahun depan jika ada watak yang sesuai, saya akan mula berlakon semula.

“Tawaran memang ada diterima, malah lepas pantang lagi saya dah dapat. Saya memang rindu berlakon tapi sebab sekarang dah ada anak, saya akan tengok waktu yang paling sesuai.

“Anak adalah keutamaan, bagaimanapun sekarang saya dah ada pembantu dan saya dah susun secara baik pengurusan anak sebelum boleh kembali semula untuk penggambaran,” katanya.

Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia tujuh bulan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YUSOF HASLAM

Filem Harum Malam Kena Censor, Yusof Haslam Harap LPF Lebih Terbuka

Fuyoo… Jual Coklat Dapat Bercuti Sakan, Chocoalbab Rai 200 Ejen Ke Singapura