in ,

Media Prima Rangkul Anugerah Terbanyak dI Malam Anugerah Telenovela

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) berjaya mengekalkan Anugerah Stesen Penyiar Telenovela Terbanyak sempena Malam Anugerah Telenovela kali ke-8 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Kejayaan itu dipilih menerusi 30 drama rantaian adaptasi novel yang disiarkan menerusi Slot Akasia, Samarinda dan Slot Lestary sepanjang 2019 hingga 2022.

MPB juga berjaya membawa pulang 12 anugerah daripada 48 kategori yang dipertandingkan pada majlis yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan D’ayu Pictures itu.

Pengurus Kanan Strategi dan Penjadualan TV3, Marlia Zul Amran berkata, MPB sentiasa komited dan menyokong penggiat seni terutama penulis novel tempatan.

“Kita berjaya mengekalkan kejuaraan ini dan kami mengucapkan terima kasih kepada penganjur, penerbit dan semua produksi yang berjaya menerbitkan drama-drama hasil daripada adaptasi novel yang cukup menarik.

“TV3 akan berusaha menyiarkan lebih banyak lagi drama-drama menarik bertepatan dengan cita rasa penonton dari semasa ke semasa,”katanya.

Antara drama yang memenangi anugerah termasuklah 7 Hari Mencintaimu 2 yang ditayangkan di slot Akasia dan Romantika 4 Hari 3 Malam serta drama Ayahanda yang ditayangkan di slot Lestary.

Anugerah berkenaan turut mendapat kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

siri vivo X90

Raja Telefon Pintar Siri vivo X90 Kini Rasmi Tersedia di Malaysia

Yura Yunita Hiburkan Peminat di Malaysia di Konsert Tutur Batin