in , ,

Syamsul Yusof Tak Nak Ceraikan Puteri Sarah, Percaya Masih Ada Sinar

Dalam prosiding hari ini, pengarah sensasi Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya Puteri Sarah kerana percaya masih ada sinar untuk berdamai.

Menerusi video dimuat naik Xtra di TikTok, Puteri Sarah berkata suaminya itu tidak mahu melepaskannya serta menyatakan Syamsul percaya bahawa mereka masih boleh berdamai.

“Tak nak, dia tak nak lepaskan Sarah. Dia kata masih ada sinar. Sinar apa? Sinar Harian?” Dia kata, masih boleh berdamai lagi, dan dia kata masih ada sinar,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah turut mempersoalkan sinar apa yang dimaksudkan oleh Syamsul sedangkan suaminya tidak bertanya khabar ketika dia masukkan hospital baru-baru ini.

“Sarah masuk hospital hari itu pun, dia tak jenguk tanya khabar. Sinar apa? Sarah tak tahu kenapa dia buat macam tu,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkata dia tidak tahu mengapa Syamsul enggan menceraikannya serta meminta pengarah itu melepaskannya.

Tambah Sarah lagi, suaminya ada berhubung mengenai anak-anak ketika mereka menunaikan umrah baru-baru ini.

“Apa yang ada sinarnya lagi? Just let me go. Seperti biasa, dia ada berhubung mengenai anak-anak sewaktu pergi menunaikan umrah, baru-baru ini. Sekarang ini, nak mencelah pula. Just let me go, Mohd Shamsul, Sarah dah malas,” katanya. 

Terdahulu, mahkamah memerintahkan pasangan itu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Syamsul Tak Nak Lafaz Talak, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul

Kunci Mulut, Syamsul Yusof Hanya Beri Isyarat ‘Allah Yang Satu’

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof enggan memberikan kenyataan susulan tidak mahu melepaskan isterinya, Puteri Sarah dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Memetik Harian Metro, sebaik sahaja prosiding tamat Syamsul dilihat tidak mengendahkan pertanyaan daripada media.

Syamsul juga hanya menggelengkan kepala apabila ditanya sebab tidak menceraikan isterinya dan dakwaan memukul Puteri Sarah tiga tahun lalu.

Malah, Syamsul juga dilihat hanya menunjukkan isyarat tangan tanda ‘aman’ dan ‘Allah Yang Satu’ ketika beredar daripada mahkamah.

Sementara itu, peguam yang mewakili Syamsul berhujah di mahkamah bahawa anak guamnya tidak mahu menceraikan Puteri Sarah kerana percaya masih ada sinar untuk perbaiki perkahwinan mereka.

“Masih ada sinar untuk pasangan ini… pihak kami tidak setuju pelantikan hakam untuk kes perceraian ini,” katanya.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DOLLA

Lepas Lancar LAT, Dolla Menang di Anugerah Gempak Most Wanted 2022

ND LALA

“Satu Hari Kita Hanya Menjadi Sekeping Gambar & Kenangan” – Isteri ND Lala