in ,

Syafiq Kyle Bagi Jari Tengah Buat Peminat Terkejut Semasa Workout di Gym

Pelakon filem Polis Evo 3, Syafiq Kyle mengejutkan peminat apabila tiba-tiba menunjukkan jari tengah dalam rakaman sedang bersenam di gimnasium.

Dalam video yang dimuat naik pemilik TikTok Captain Joe, Syafiq dilihat memakai seluar pendek tanpa baju mengangkat weight plate sambil diperhatikan jurulatih peribadinya.

Selesai cabaran, pelakon ini kelihatan sangat lega lalu memberikan jari tengah.

Tindakan pelakon yang popular dengan karakter Ustaz Adam dalam drama Nur ini mengundang kritikan netizen. Rata-ratanya mempersoalkan motif pelakon demikian menunjukkan tanda lucah itu kepada kamera.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibu Aiman Tino ‘Seram Sejuk’ Ada Peminat ‘Taksub’ Mahu Jadi Isteri Kedua

JOE FLIZZOW SWAG

Bikin Lagu Saat Menginap di Times Square, Joe Flizzow Rungkai Makna SUNYI