in , ,

Ibu Aiman Tino ‘Seram Sejuk’ Ada Peminat ‘Taksub’ Mahu Jadi Isteri Kedua

Ibu kepada penyanyi, Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil tampil bersuara selepas kerap diganggu oleh seorang wanita yang dikatakan terlalu ‘taksub’ dengan anak lelakinya sehingga sanggup mengugut mahu membunuh diri.

Menerusi hantaran di Instagram, Hazelina turut meminta mana-mana pihak yang mengenali wanita berkenaan untuk menitipkan nasihat buatnya selepas kerap diganggu dengan mesej-mesej yang merepek.

“Sesiapa boleh cari budak ni tak, tolong nasihatkan dia, dah melampau sangat ni, saya boleh buat report polis tapi masih berfikir panjang lagi. Bukan di sini sahaja dia mesej bukan-bukan, Farah Hezel juga diganggu walaupun block beberapa kali pun dia tetap buat acc baru.”-dedah Hazelina

Tambahnya lagi, Hazelina mendedahkan bahawa wanita berkenaan yang dikenali sebagai Syakila turut meluahkan hasrat untuk menjadi isteri kedua Aiman Tino yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Syarah Haifa pada 27 April baru-baru ini.

“Nak jadi wife ke-2 bagai seram sejuk baca ayat-ayat dia ni. Ni saya share secebis sahaja. Dan baru pagi ini saya terima.”-Tulis Hazelina lagi

Tidak berdiam diri, Hazelina turut memuatnaik foto terkini yang menunjukkan dia sedang berada di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor bagi membuat laporan polis terhadap isu yang berlaku.

Aiman Tino telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Syarah Haifa dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Astana, Bamboo Hills, Taman Bamboo, pada 27 April 2023.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Mohd Azri Ahmad Kamil Al-Hafiz, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) dengan mas kahwin RM5,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liza Hanim Serikan DatumCorp International Rumah Terbuka Aidil Fitri 2023

Syafiq Kyle Bagi Jari Tengah Buat Peminat Terkejut Semasa Workout di Gym