in , ,

Supercube Capai Jualan RM20.5 Juta Bagi Tahun 2021 & Lahirkan 15 Jutawan

Pengasas Supercube International Sdn.Bhd hari ini meraikan pencapaian jualan 2021 melebihi 20.5 juta ringgit bersama ‘Supercube Family’ di Grand Dorsett Subang.

Seramai 15 orang jutawan Supercube turut dijemput menerima anugerah berprestij dalam majlis berkenaan.

Menurut Pengasas Supercube, Hayfa Amira kesemua jutawan yang terpilih telah mencapai jumlah sasaran jualan yang ditetapkan oleh pihak HQ. Walaupun baru setahun, Supercube kini sedang membantu lebih 26 ribu usahawan untuk bersama-sama membina perniagaan mereka dengan Supercube.

Supercube Capai Jualan RM20.5 Juta Bagi Tahun 2021 Dan Lahirkan 15 Jutawan

“Tahun 2022 kami mensasarkan jualan lebih RM30 juta dan dalam masa lima tahun ini, visi kami adalah untuk menjadi platform terbesar yang membantu usahawan untuk mula berniaga dengan produk-produk berkualiti tanpa modal tanpa risiko dan tanpa pengalaman.

“Ramai yang takut dengan platform berniaga berpasukan kerana dari dulu platform sebegini kebanyakannya berisiko tapi kami di Supercube tidak meletakkan risiko itu kepada : anda, kami hanya mahukan komitmen untuk menjadi Usahawan, Jutawan dan Dermawan bersama-sama Supercube.

Supercube Capai Jualan RM20.5 Juta Bagi Tahun 2021 Dan Lahirkan 15 Jutawan

Supercube ditubuhkan atas rasa simpati kepada masyarakat yang terkesan akibat pandemic Covid19 pada tahun 2020.

“Dari situ, kami rangka sistem perniagaan Supercube yang boleh bantu orang mula berniaga tanpa kos, tanpa sebarang risiko, tanpa perlu uruskan pengeposan dan juga kami bantu mereka .yang langsung tiada pengalaman berniaga dengan menyediakan kelaskelas perniagaan.

Dalam majlis yang sama, Supercube turut melancarkan produk baharu iaitu Superbytes, sejenis coklat putih campuran oat dan kurma yang boleh membekalkan tenaga ketika menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan.

Supercube Capai Jualan RM20.5 Juta Bagi Tahun 2021 Dan Lahirkan 15 Jutawan

“Supercube kini memiliki tujuh jenis produk termasuk yang dilancarkan pada malam ini. Empat jenis Supercube Molasses Herbs Drink merupakan minuman pertama herba dalam bentuk kiub, Soothe Mist minyak angin natural moden, Teresak Exfoliator skrub yang diinpirasikan dari mandian herba ibu berpantang dan Superbytes, snek kiub yang sangat sesuai utk dimakan sewaktu sahur.

Supercube Capai Jualan RM20.5 Juta Bagi Tahun 2021 Dan Lahirkan 15 Jutawan

Antara tetamu istimewa yang hadir seperti Amyra Rosli, Hazama dan violinist berbakat, Aqmal Daniel serta guru-guru bisnes dan ibu bapa.

Supercube Capai Jualan RM20.5 Juta Bagi Tahun 2021 Dan Lahirkan 15 Jutawan
Supercube Capai Jualan RM20.5 Juta Bagi Tahun 2021 Dan Lahirkan 15 Jutawan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terkini! Ini Senarai Judul K-Drama & K-Filem Yang Menarik di Astro Bulan April

Puas Bergelar Rapper & Penyanyi, Rayi Putra Mahu Menari Dalam MATAMATA