in , ,

Terkini! Ini Senarai Judul K-Drama & K-Filem Yang Menarik di Astro Bulan April

Nikmati K-drama dan K-filem terbaharu dan terhebat di Astro pada April ini

Pada April ini, semua peminat boleh menikmati k-drama dan k-filem terhangat termasuk kisah percintaan, adegan seram, jenayah, aksi dan kegemaran keluarga di Astro melalui KBS World (Saluran 392 HD), Oh!K (Saluran 394 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Astro GO Saluran 396), dan tvN Movies (Saluran 416). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan melalui On Demand dan Astro GO.

Peminat boleh menikmati K-drama terhebat yang ditayangkan 24 jam selepas Korea dan minggu sama dengan Korea, termasuk: 

Drama seram The Secret House, dibintangi oleh See Ha Joon, Lee Young Eun, Kang Byul dan ramai lagi, bermula 12 April, di Oh!K (Saluran 394 HD).

Drama romantik Sh**ting Stars, dibintangi oleh Lee Sung-kyung, Kim Young-dae dan ramai lagi, bermula 23 April di tvN (Saluran 395 HD).

Drama jenayah misteri The Killer’s Shopping List, menampilkan Lee Kwang-Soo, Kim Seol-Hyun (AOA), Jin Hee-Kyung dan Shin Sung-woo, bermula 28 April di K-Plus (Astro GO Saluran 396).

Drama keluarga It’s Beautiful Now, menampilkan Yoon Shi-yoon, Bae Da-bin, Oh Min-seok dan ramai lagi, bermula 9 April, di KBS World (Saluran 392 HD).

Peminat juga boleh menikmati K-filem terbaharu, termasuk: 

Filem keluarga My Lovely Angel, dibintangi oleh Jin Goo, Jung Seo-Yeon, Jang Hye-Jin dan ramai lagi, pada 23 April di tvN Movies (Saluran 416 HD).

Filem jenayah dan aksi On the Line, menampilkan Byun John, Kim Mu-Yeol, Park Myung-Hoon dan lebih lagi pada 30 April di tvN Movies (Saluran 416 HD). 

Sebagai tambahan, peminat K-pop boleh terus berhibur dan bernyanyi dalam Queendom 2, program realiti Korea yang dihoskan oleh Taeyeon, penyanyi Korea; dan Lee Yong-ji, penyanyi rap Korea, pada 7 April di tvN (Saluran 395 HD). 

The Secret House

The Secret House [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]

12 April, Selasa – Sabtu, 5.50 petang di Oh!K (Saluran 394 HD), On Demand & Astro GO

Kisah tentang seorang budak lelaki baik yang bertukar ke arah kejahatan demi ibu dan adik yang berkorban untuk diri mereka sendiri.

Sh_ting Stars

Sh**ting Stars [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]

3 April, Sabtu & Ahad, 9,15 malam di tvN (Saluran 395 HD), On Demand & Astro GO

Drama romantik tentang cinta dan kebencian antara Oh Han-byul, ketua pasukan pengurusan promosi yang berada di barisan hadapan penjagaan selebriti, dan musuhnya, bintang terkenal yang sempurna Gong Tae-sung.

The Killer_s Shopping List

The Killer’s Shopping List [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]

28 April, Khamis & Jumaat, 9.15 malam di K-Plus (Astro GO Saluran 396)

Dae-sung bekerja di pasar raya ibunya. Pada suatu hari, mayat ditemui di sebuah pangsapuri berhampiran pasar raya. Mengetahui pembunuhan ini ganjil, Dae-sung, ibunya,serta teman wanitanya Ah-hee berkumpul untuk mencari pembunuh sebenar, bermula dengan melihat melalui resit pasaran. Dengan kemahiran menghafal, Dae-sung yang hebat dan Ah-hee yang baik hati mencari keadilan, adakah mereka dapat mencari pembunuh sebenar dengan mengumpul bukti di pasar raya?

It_s Beautiful Now

It’s Beautiful Now [Minggu Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana]

9 April, Sabtu & Ahad, 8 malam di KBS World (Saluran 392 HD), On Demand & Astro Go

Pada generasi sekarang, tiga anak lelaki dari keluarga Lee keberatan untuk berkahwin. Datuk mereka mengisytiharkan bahawa dia akan memberikan sebuah apartmen kepada anak lelaki yang berkahwin dalam tempoh 6 bulan.

My Lovely Angel

My Lovely Angel [Tayangan Perdana]

23 April, Sabtu, 10pm di tvN Movies (Saluran 416), On Demand & Astro GO

Seorang ahli perniagaan kecil melawat rumah pekerjanya yang baru meninggal dunia dan menemui anak perempuan wanita itu yang tidak boleh mendengar, bercakap dan melihat. Walaupun dia cacat, pasangan itu belajar berkomunikasi melalui sentuhan.

On The Line

On the Line [Premiere]

30 April, Sabtu, 10 malam di tvN Movies (Saluran 416), On Demand & Astro GO

Penyelia pembinaan Seo-joon yang hampir menerima kenaikan pangkat, menjadi mangsa penipuan di sebabkan satu suara. Organisasi di mana tempat dia dilatih sebagai detektif pada masa lalu memberitahu bahawa dia dan rakan sekerjanya menjadi sasaran. Mereka berdua memulakan misi untuk mencari dan menyusup masuk ke pusat panggilan untuk mendapatkan 3 juta yang hilang dari mereka berdua.

Queendom 2

Queendom 2 [Minggu Sama Dengan Korea] [Musim Baharu]

7 April, Khamis, 10.30 malam di tvN (Saluran 395), On Demand & Astro GO

Queendom kembali dengan musim 2! Artis wanita akan bersaing untuk kedudukan carta muzik menerusi lagu baharu yang keluar pada hari sama oleh mereka Kumpulan manakah yang akan dinobatkan sebagai Ratu K-pop terunggul?

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Harga Promosi Buffet Berbuka Puasa di Hotel Terkenal 2022

Supercube Capai Jualan RM20.5 Juta Bagi Tahun 2021 & Lahirkan 15 Jutawan