in , ,

Sinopsis Filem DALANG Lakonan Luqman Hafidz & Liyana Jasmay

Membongkar kebenaran sememangnya sebuah tugas hakiki seorang wartawan. Namun, bagaimana jika kebenaran yang dicari itu hanyalah sebuah hiasan yang dimanipulasi oleh seorang dalang?

Eksklusif di Tonton dengan kerjasama Finas, nantikan filem terbaharu Dalang hasil terbitan Lumatic Films dan diarahkan oleh Nik Amir Mustapha bermula pada hari ini (20 Disember 2023).

Filem bergenre jenayah dan misteri ini menggandingkan pelakon hebat tanah air seperti Luqman Hafidz, Liyana Jasmay, Wan Raja, Nesa Idrus, Arash Mohamad, Aziz M. Osman, Imuda, Idan Aedan, Megat Adli, Abi Madyan, Yuyun Hikmah, dan Fadhli Masoot.  

FILEM DALANG

Dalang mengisahkan tentang Zain (Luqman Hafidz) yang sering berhadapan dengan pelbagai rintangan baik dalam tugasnya sebagai seorang wartawan jenayah bebas mahupun kehidupan peribadinya.

Zain mempunyai caranya yang tersendiri membuatkan dirinya sering mendapat informasi dalam menjejak berita mengenai aktiviti jenayah kolar putih. Kepakaran Zain dalam membongkar rahsia jenayah kolar putih itu membuatnya didekati oleh sebuah kumpulan bebas yang nekad untuk membantu mangsa-mangsa tertindas dek penyalahgunaan kuasa. 

FILEM DALANG

Ikhlas (Aziz M. Osman) adalah seorang ahli perniagaan dan pendakwah terkenal dalam kalangan penduduk setempat. Dia juga menjalankan operasi rahsia tersebut bersama Ayu (Liyana Jasmay). Pertemuan Zain, Ayu dan Ikhlas itu sekaligus membuka papan percaturan untuk menangkap seorang dalang dalam sebuah kes kegiatan gelap oleh wakil penduduk tempatan iaitu Dato’ Pin (Arash Mohamad).

Bersempena dengan naskhah terbaharu ini juga, sebuah tayangan perdana telah diadakan di MBO Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya bersama pengarah Nik Amir Mustapha, pihak produksi Lumatic Films serta barisan pelakon seperti Luqman Hafidz, Arash Mohamad, Nesa Idrus, Sadiq M. Jamil, Megat Adli, Idan Aedan, Yuyun Hikmah, Along Fyra, dan Faridah Bakri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haier Lancar Produk Baharu untuk 2024 Bagi Meningkatkan Kualiti Hidup

Promosi Pemberian Perayaan Samsung Bikin Pembeli Puas Hati & Happy!