in ,

Sinopsis Drama Bersiri DESTINASI G4, Anak Muda Berbakat Besar

Slot Bananana! TV9 membawakan anda sebuah drama bersiri terbaharu iaitu Destinasi G4 bermula 10 Januari ini.

Destinasi G4 merupakan kisah empat anak muda kacak dan berbakat yang bercita-cita ingin memasuki sekolah seni persendirian yang berprestij iaitu Sekolah Seni Bintang. Azzam, Afeiq, Harris dan Daniel masing-masing mempunyai bakat tersendiri dan kekuatan dalam bidang nyanyian. Mereka hadir ke sesi ujibakat dengan matlamat tersendiri selain ingin membuktikan kemampuan mereka bergerak secara solo dalam bidang nyanyian.

Sinopsis Drama Bersiri DESTINASI G4

Namun, apabila pihak sekolah ingin menggabungkan mereka sebagai satu kumpulan nyanyian demi untuk menyertai pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan, empat anak muda ini menunjukkan pelbagai reaksi kerana tidak bersetuju dengan idea tersebut. Masing-masing mempunyai pelbagai ragam yang menimbulkan konflik dan kesukaran mereka untuk bekerjasama sebagai satu kumpulan.

Azzam, seorang yang pemalu dan sering gugup di atas pentas namun dia di antara yang paling rajin. Afeiq pula seorang yang ceria, sukakan cabaran tetapi agak lurus dan mudah ditipu. Harris pula, anak orang berada yang sering dimanjakan selain daripada bapanya menjadi penaung terbesar buat Sekolah Seni Bintang. Daniel pula seorang yang kreatif tetapi mempunyai sikap buruk iaitu sering meninggi diri.

Tetapi bagi Cikgu Lukman, Cikgu Ana dan Cikgu Raqim yang bertanggungjawab dalam pemilihan mereka, percaya kelebihan individu yang mereka miliki dapat menguatkan lagi kumpulan nyanyian mereka sekaligus harapan untuk menjuarai pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan itu semakin cerah.

Destinasi G4 dibintangi oleh juara dan peserta Idola Kecil Ultra iaitu Danial Chuer, Harris Alif, Azzam Sham dan Afeiq. Selain itu, Destinasi G4 turut dibantu oleh Nad Zainal, Ikhwan Hot FM dan Ameer Forteen. Destinasi G4 merupakan sebuah drama bersiri yang amat segar dan menghiburkan. Istimewanya lagi, drama ini akan turut memuatkan nyanyian merdu keempat-empat ahli kumpulan G4 dengan pelbagai lagu dan rentak muzik untuk mengetengahkan lagi bakat-bakat baru ini.

Dapatkah mereka ketepikan ego masing-masing demi mencipta gabungan yang cemerlang untuk membawa kejayaan dan mengharumkan nama sekolah mereka? Saksikan perjalanan empat bintang iaitu Azzam, Afeiq, Harris dan Daniel demi mengejar impian mereka dalam Destinasi G4, setiap Sabtu 5.30 petang di slot Bananana hanya di TV9!

Sinopsis Drama Bersiri DESTINASI G4
Sinopsis Drama Bersiri DESTINASI G4
Sinopsis Drama Bersiri DESTINASI G4
Sinopsis Drama Bersiri DESTINASI G4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Best Pakai Samsung GALAXY A5 & GALAXY A3

Showcase Hafiz Suip & Friends Kembali Hangatkan Hard Rock Café Kuala Lumpur