in ,

Showcase Hafiz Suip & Friends Kembali Hangatkan Hard Rock Café Kuala Lumpur

Setelah kejayaan mengadakan persembahan di Hard Rock Café, Melaka pada tahun lalu, Hafiz & Friends Showcase kini kembali menggabungkan tiga rakan seperjuangan, Hafiz Suip, Akim Ahmad dan Hazama bergabung dan berkongsi pentas. Kali ini di Hard Rock Café, Kuala Lumpur! Ya, pasti ramai yang tertunggu dengan persembahan ketiga pelantun vokal mantap dari pasukan Akademi Fantasia ini.

Showcase Hafiz Suip &Amp; Friends

Satu Majlis Sidang Media Hafiz & Friends Showcase yang akan diadakan pada minggu hadapan. Pastinya di sana nanti Budiey akan temui Hafiz Suip, Akim Ahmad dan Hazama yang akan berkongsi rasa dan cerita persiapan mereka untuk showcase mereka kali ini serta kehadiran Faizul Sany yang akan turut membuat persembahan istimewa. Pergh! Tak sabar nak rakam video temubual dan persembahan mereka dan korang boleh tonton di saluran Youtube Budiey.com. Jom subscribe: www.youtube.com/budiey27

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri DESTINASI G4

Betul Ke Paris Hilton Akan Terbang Ke Malaysia?