in

Single Terbaru Fattah Amin 1234U Sudah Mencecah 145,000 Tontonan

Korang nak happy-happy bolehlah dengar lagu 1234U, lagu baru dari suara Fattah Amin. Sebab sebelum ni, lagu Fattah ada lagu-lagu irama sedih dan melo kan? Jadi, kali ini kita mahu happy-happy… best lagu nih. Sesuai untuk semua golongan, tak kira tua atau muda. Kanak-kanak pun suka lagu ni.

Single ini dimuatkan dalam WANITA TERINDAH, sebuah Telemovie terbaru lakonan Fattah Amin bersama Fazura.

Single Terbaru Fattah Amin 1234U Sudah Mencecah 145,000 Tontonan

Video Muzik lagu 1234U sudah pun dilancarkan 6 Oktober lalu dan pada hari ini,

Lagu bergenre pop gubahan Aizat Amdan, Anas Amdan, dan Mel Ramlan ini merupakan lagu utama dalam original soundtrack filem Wanita Terindah. Filem produksi Redfilm dan FastyleAsia ini dibintangi oleh Fattah Amin, Nur Fazura, Liza Othman, Nik Adam Mika, Sarah Hildebrand, Ridzuan Hashim, Samantha Kay, dan Abu Bakar Juah.

Lagu 1234U merupakan sebuah lagu rancak dan ‘catchy’ yang mengetengahkan rasa kasih sayang untuk insan istimewa dalam hidup seseorang. Dengan melodi yang bersahaja, 1234U merupakan sebuah lagu cinta yang ‘feel good’ untuk menggambarkan perasaan gembira dan seronok ketika rasa bercinta dan mencintai seseorang.

Filem Wanita Terindah akan disiarkan mulai 2 November 2017 di Astro First Eksklusif saluran 480.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kongsi Resipi Sihat Atlet Negara Dalam Program SELERA SEMPOI

Gegar Vaganza Kembali Lagi, Siapakah Bakal Peserta?