in ,

Showcase Umar Uzair Dalam Pesta Di Padang Jiwa

Lagu yang terhasil daripada puisi bukanlah sesuatu yang asing, sudah dihasilkan oleh ramai seniman sebelum ini yang mengangkat lirik dari puisi seseorang penulis. Puisi juga terkait dengan sastera dan bahasa yang kemas dan indah tetapi genre lagu ini bukanlah pilihan penyanyi hari ini kerana dianggap berat dari segi penyampaian mesej dan bentuk iramanya.

Sebagai merancakkan survival lagu puisi dan sastera Melayu, malam minggu 11 April yang lalu telah diadakan sebuah persembahan solo yang dibawakan oleh Youth Beat Event Management dengan kerjasama Talent Lounge dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Umar Uzair Dalam Pesta di Padang Jiwa. Umar Uzair, penulis kreatif, penyanyi dan pemuisi yang baharu saja melancarkan karya terbaharunya Pesta Di Padang Jiwa terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) pada 6 Mac 2015 oleh Tan Sri Abdul Ghaffar, Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di Rumah PENA.

umar uzair

Uzair yang telah memulakan kerjaya secara aktif sejak 2007 dan konsisten mengangkat budaya dan bangsa dalam perbahasaan Melayu melalui Persatuan Sasterawan Numera (Nusantara Melayu Raya) Malaysia dibawah pimpinan Sasterawan Negara ke-11 Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah sebagai Setiausaha Agung.

Umar Uzair Dalam Pesta Di Padang Jiwa merupakan sebuah pesembahan solo UU yang mengetengahkan puisi- puisi dari naskah ini dalam gabungan elemen soulpop dan tradisi. Dihadiri sebilangan pendokongnya dalam industri pembukuan dan muzik, pelancaran muzik video single Uzair – Yang Aku Mahu yang liriknya diambil dari sebuah puisi pembuka dalam naskah ini turut dilancarkan kepada khayalak. Ia juga dianjurkan sebagai sebuah usaha mengangkat muzik puisi dalam nuansa terkini serta sebagai agenda memperkasakan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.

Uzair turut menghasilkan karya dalam pelbagai antologi termasuk Menyirat Cinta Haqiqi, Kongres Penyair Sedunia ke 33 dan menyelenggara Risalah Melayu Nun Serumpun & Cinta Bersulam Anekdot (2014) bersama Sasterawan Negara Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah dan aktif menulis esei serta eceran termasuk dalam Seminar Sastera Internasional Numera – PDS Hb. Jasin dan Seminar Bahasa, Kususasteraan dan Kebudayaan Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan selain aktif dalam persembahan di dalam dan luar negara dalam nuansa sastera antara lain sebagai bintang tamu dalam Grandfinal Sumbar Talenta (Indonesia), Singapore Writers Festival, Baca Puisi Dunia Numera, Festival Pangkor 2012, 2013 & 2014, Kongres Penyair Sedunia ke 33. Bulan Bahasa Singapura di Esplanade, Singapura.

Terbaharu Uzair telah diterbangkan ke Dhaka sempena Khatak Poets Summit 2015 sebagai salah seorang dari 12 penyair khas gabungan Malaysia, Bangladesh dan Belgium pada 1-6 Februari 2015. Bekas pelajar Penulisan Kreatif, dan Vokal Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan dalam bidang Penulisan Kreatif dan Vokal telah menerbitkan naskah solo – Sampai Mati (2010) & Kumpulan Puisi Pascamoden – Di Mana Bulan Sorokkan (2011) juga akan dibawakan ke Jogjakarta, Indonesia pada 15 – 17 Mei dalam acara Lima Penyair Muda Nusantara selain mengisi acara dalam persembahan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 24, 27 & 28 April, Ekspresi Seni Numera – USM pada 5 & 6 Mei 2015.

Perkembangan UU boleh diikuti di Instagram @ siumaruzair atau www.siumaruzair.blogspot.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer Terbaru Star Wars Jadi Trending di Youtube Malaysia

Persembahan TERIMA KASIH CINTA WITH AFGAN di KL Tower