in ,

Shahrizal Jazle Jadi Samseng & Perompak Dalam Telemovie Cinta Getir

Shahrizal Jazle Hidupkan Watak Samseng dan Perompak Dalam Telemovie Cinta Getir Di TV2

Memaparkan sisi lain seorang Shahrizal Jazle sebagai samseng dan penjahat berbanding watak yang romantis dan ‘baik-baik’ sebelum ini nyata menguji kemampuan anak muda ini dalam bidang lakonan.

Muncul dalam drama Cinta Getir pada 7 Ogos 2012 (Selasa), jam 10.00 malam bergandingan bersama Mardiana Alwi sebagai Tina juga Sheila Mambo (Dato’ Zaharah), Zack Zamri (Raham) dan Maslina Nasir (Inspektor Zarina), penghayatan wataknya sebagai Ajib ‘menghidupkan’ telemovie mengisi slot Citra yang popular di TV2.

Ia berkongsi kisah pertemuan yang tidak di rancang antara Tina, seorang ahli koporat yang dianiaya dan dituduh membunuh dengan pemuda bernama Ajib merupakan perompak yang melarikan diri setelah terlibat dengan satu siri rompakan.

Telemovie Cinta Getir

Secara tidak sengaja, mereka bertemu dalam satu rumah dimana kedua-dua cuba untuk menyembunyikan diri dari ditangkap pihak polis yang memburu mereka.

Pertemuan yang tidak dijangka itu membuatkan mereka sering bersama dan dalam diam mula ada rasa cinta dalam hati antara keduanya. Ajib tidak mampu untuk meluahkan kata cinta pada Tina disebabkan jurang perbezaan antara mereka sangat berbeza bagaikan langit dan bumi. Pada masa sama Tina juga sudah mempunyai perasaan cinta terhadap Ajib tapi dia berfikiran jauh mahu memperbetulkan keadaan.

Di saat getir mereka untuk menyelamatkan diri setelah tempat persembunyai diketahui polis, ketika inilah mereka membuat keputusan yang getir. Keadaan cuba menguji kesetiaan cinta mereka.

Tina mahu menyerah diri dan menyuruh Ajib lari semata-mata tidak mahu Ajib dihukum kerana rasa kasih dan sayangnya terhadap pemuda itu. Setelah selesai kes, Tina berjanji akan mencari semula Ajib demi menyatukan cinta suci mereka.

Apakah yang jadi selepas itu? Adakah pengorbanan Tina dipersetujui Ajib atau pun Ajib sendiri yang berjanji mahu mencari semula Tina setelah menjalani hukuman? Kongsikan aksi dan babak-babak menarik drama ini hanya di TV2.

babak dalam Cinta Getir

Telagah ... babak dalam Cinta Getir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Layar Isnin Tayang Filem Pilihan Sepanjang Ogos

Bekas Pengurus Pentas Saman Hafiz AF7 RM200,000