in , ,

Sensasi Selebriti Readers ToGether-Gather di TGV KLCC Sabtu Ini!

Hi pembaca Sensasi Selebriti sekalian,

Mahu join Sensasi Selebriti Readers ToGether-Gather kali pertama sambil menonton filem Jangan Pandang Belakang Sabtu ini? Jom… acara ini terbuka dan khusus untuk semua pembaca blog ini. Rakan blogger lain yang ingin turut serta sememangnya dialu-alukan.

Readers Together Gather @ Klcc

Memandangkan ini gathering pertama, Budiey buat secara kecil-kecilan sahaja. Perancangan pun buat last minute. Tengoklah dulu bagaimana sambutan dan respon dari anda. Kalau ada sambutan baik dari anda, kita boleh buat perjumpaan sambil menonton filem Zombi Kampung Pisang (terbitan Tayangan Unggul) & filem SUMOLAH (terbitan Vision Work Sdn Bhd.) pula selepas ini.

Metrowealth Sdn Bhd juga sudah memberi green light untuk menaja goodie bags. Tapi tengok dulu apa yang ada, katanya. Terima kasih banyak Metrowealth. Semoga rezeki you all melimpah ruah selepas ini.

Apa-apa pun, kepada pembaca yang belum menonton FILEM PALING SERAM ABAD INI, filem Jangan Pandang Belakang, inilah peluang anda untuk menonton beramai-ramai.

Details are as follow:
Tarikh: 14 April 2007 (Sabtu)
Tempat: TGV KLCC
Masa: 12.00 tengahari

Aturcara:
12.00 noon : Bertemu di Suria KLCC
1.00pm: Tayangan Jangan Pandang Belakang di Hall 3, TGV KLCC
3.00pm: Sembang sambil makan-makan di Mc D
4.00pm: Bersurai

Tema Dress Code: Orange
Harga Tiket: RM11

Antara pembaca yang sudah bersetuju:

  1. Budiey
  2. Izham (dari Seremban)
  3. Mazen dari Putrajaya
  4. Erin dari Kelana Jaya
  5. Nurliza dari Ampang
  6. Fatiha dari Keramat
  7. Nad dari Klang
  8. Rafaie dari Klang
  9. Rini dari Cheras
  10. Syukri dari Gombak
  11. Azwan dari DBP
  12. Rozlan dari Universiti Multimedia, Cyberjaya.
  13. Razid dari DBP
  14. Fara dari Kajang
  15. Toby dari Melawati
  16. Samad
  17. Kawan Samad
456560315 7392A52C3A O | 4

Kepada pembaca yang ingin menyertai Reader’s ToGether Gather kali pertama ini, sila hantar email kepada:

301679630 Fab825Bb6D O | 5 YM:  301679647 9798145995 O | 6 

Sertakan nama, dari mana & no. telefon untuk dihubungi.

Jumpa anda di sana!

458586891 Acf8D28Daf O | 7
458570910 29Df6F8C92 O | 8

Updated: Semua pembaca yang datang akan mendapat CD & VCD keluaran Metrowealth + plus hadiah misteri. Terima kasih kepada penaja, Metrowealth Sdn Bhd

Terima kasih kepada 16 pambaca yang sudi join gathering kali ini. Kepada pembaca lain yang tak berkesempatan, jumpa anda di gathering yang ke-2 nanti. Tunggu ya pengumuman seterusnya.

—————–

Updated 6.45 pm: Zombi Kampung Pisang Movie akan menyerang Planet Hollywood! Saksikan Awie, AC Mizal, Ezlynn & ramai lagi artis undangan.

Tarikh: 15 April 2007

Masa: 10.30 malam

Harga tiket: RM35 termasuk satu minuman ringan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza | 32

Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Layan Formula One di Litar F1 Sepang

Budiey | 33

Foto Sekitar Reader’s ToGether Gather Pertama Sensasi Selebriti