in ,

Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Layan Formula One di Litar F1 Sepang

Sweetnya Siti Nurhaliza bersama suami tercinta singgah di Sepang untuk menonton perlumbaan kereta. Gambar menarik TokTi jadi perhatian peminat.

Gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K Layan Formula One di Litar F1 Sepang. Seperti biasa, pasangan romantis ini menarik dan menjadi tumpuan para penonton Perlumbaan Formula One yang panas terik itu.

Siti Nurhaliza kelihatan simple & sempoi je dengan Jeans biru gelap dan baju putih dilengkapkan dengan tali pinggang warna biru. Yang penting sekali, cermin mata yang Siti Nurhaliza pakai tu memang elegan habis. Cuba teka spek tu jenama apa. Nampak retro sikit fesyennya.

Romantisnya Siti dan suaminya… mana-mana diorang ni pergi mesti ada mata-mata liar yang memandang. Ura-ura khabar angin mengatakan Siti betul-betul dah mengandung. Tapi entah la kan, kalau Siti Nurhaliza dah mengandung, dah tentu dia buat press conference ke apa ke kan.

456248066 F4Ba02Dea4 O | 4

Sebagai peminat, Budiey ingin mengucapkan semoga Datuk Siti Nurhaliza cepat-cepat dapat baby. Cukup-cukup lah tu duk cakap yang benda-benda tak benar yang Siti Nurhaliza pernah menggugurkan anak di Bali dan sebagainya. Sakit telinga je dengar.

Terbaru Siti Nurhaliza akan join Fiesta Media Idola yang akan bermula pada hari ini 13-16 April di Kuantan Pahang.

455288992 F6226E6Fec O | 5
Datuk K yang sentiasa happy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pierre Andre | 27

Ini Komen Pembaca & Gambar Sekitar Pra Tonton JANGAN PANDANG BELAKANG di UiTM

Budiey | 28

Sensasi Selebriti Readers ToGether-Gather di TGV KLCC Sabtu Ini!