in , ,

Azri Iskandar & Dr Azra Rancang Nikah Semasa Cuti Sekolah Hujung Tahun Ini

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera.

Pada Ogos lalu, Azri mengesahkan dia dan kekasihnya sudah pun bertunang pada Jun lalu, namun hubungan cinta pelakon itu masih misteri apatah lagi tidak pernah mendedahkan wajah kekasihnya kepada umum.

Memetik Astro Gempak, Azri berkata cinta mereka tetap utuh dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada hujung tahun ini dan sedang mengumpul duit kahwin.

“Hubungan saya dengan Ara okay saja. Cinta saya pada Ara pun masih sama… tak ada yang berubah walaupun dihina haters.

“Ara pun sama, tetap teguh dengan cinta dan perancangan kami bernikah dan hidup bersama. Saya dah dewasa, dah lama pun dalam industri.

“Jadi, tak goyang dengan kata-kata orang lagi. Insya-Allah mungkin cuti sekolah dalam hujung tahun ini, kami akan disatukan. Sekarang saya tengah kumpul duit kahwin… masih belum cukup. Cinta saya pada Ara,” katanya.

Dalam pada itu, Azri memberitahu kekasihnya itu masih fobia dengan kecaman yang diterima sehingga ibunya pengsan dan dikejarkan ke hospital.

“Sehingga kini, Ara masih fobia dengan insiden ibunya pengsan. Sampai sekarang masih ramai haters yang kecam saya… nak kahwin pun kena kecam,” katanya.

Terdahulu, Azri memohon maaf kerana masih tidak boleh berkongsikan gambar pertunangannya atas permintaan keluarga Azra.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alena Murang

Penyanyi Alena Murang Bakal Jelajah Taiwan Pada Bulan Oktober Ini

Elly Mazlein | 17

Selepas Jadi Hos GV9, Elly Mazlein Kini Jadi Penyampai Radio Era FM