in ,

PROFIMA Bantu Ahli Untuk Jadi Pakar Industri Yang Diiktiraf Kerajaan

Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) menyasarkan 21,000 ahli termasuk 5,000 ahli yang aktif mempunyai sijil kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan.

Justeru, PROFIMA menjalankan usaha berterusan dalam memastikan semua penggiat filem yang mempunyai pengalaman kerja dalam skop tugas masing-masing turut menjadi pakar industri yang profesional dan berkemahiran tinggi disokong dengan sijil kemahiran profesional.

Isu penggiat filem tiada sijil kemahiran menggusarkan PROFIMA kerana ianya akan memberikan gambaran bahawa sektor filem dilihat kekurangan individu yang pakar dan diiktiraf oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Profima Bantu Ahli Jadi Pakar Industri Diiktiraf Kerajaan

Usaha PROFIMA ini telah digerakkan sejak setahun lalu dan satu kunjungan hormat PROFIMA ke atas Menteri Kementerian Sumber Manusia, V. Sivakumar diadakan pada 29 Mei 2023 bagi mengangkat isu penggiat filem tanpa sijil kemahiran profesional.

Hasil daripada pertemuan tersebut, PROFIMA telah dijemput sekali lagi pada 8 Jun 2023 ke Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi memperincikan isu pensijilan profesional dalam kalangan sektor penggiat filem. Mesyuarat kali pertama ini dibincangkan bersama-sama Ketua Pengarah JPK, Ts. Dr. Mohamad Sulaiman serta barisan pegawai kanan jabatan.

Profima Bantu Ahli Jadi Pakar Industri Diiktiraf Kerajaan

PROFIMA mencadangkan kerjasama lebih erat dengan JPK dapat dilakukan untuk membantu penggiat filem khususnya ahli PROFIMA mendapat pengiktirafan menerusi pensijilan profesional oleh kerajaan. Usaha ini juga penting dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Naisonal Malaysia (FINAS) kerana FINAS juga adalah peneraju industri perfileman yang berupaya mengiktiraf penggiat filem Malaysia.

PROFIMA percaya adanya pensijilan oleh JPK melalui program Pencapaian Pengalaman Terdahulu (PPT) untuk sijil, diploma dan diploma lanjutan, penggiat filem akan diperakui kemahirannya menerusi pengalaman kerja.

Profima Bantu Ahli Jadi Pakar Industri Diiktiraf Kerajaan

Kelebihan pensijilan profesional kerajaan ini adalah ia membuka peluang pekerjaan akan lebih luas khususnya apabila penggiat filem bekerja di luar negara untuk terbabit dengan produksi antarabangsa yang melakukan penggambaran di Malaysia.

Pensijilan profesional ini juga memberikan ruang kepada PROFIMA untuk membantu pihak kerajaan dalam mengumpul data penggiat filem berkemahiran dan secara tidak langsung memberikan ruang kepada pekerja senior yang layak untuk mengajar kemahiran filem di kolej mahupun universiti serta memberikan pencapaian secara individu yang terbabit dalam industri filem.

Profima Bantu Ahli Jadi Pakar Industri Diiktiraf Kerajaan

PROFIMA akan menjadi peneraju industri filem dalam pensijilan profesional ini dan tiada masalah jika semua sektor pekerjaan filem sama ada pengarah, pelakon, produser dan pengurusan juga mahu menyertai semua program pensijilan ini kerana ianya sangat penting kepada industri perfileman bukan hanya terhad kepada penggiat filem sahaja.

Selepas ini PROFIMA akan mengadakan mesyuarat bersama antara JPK dan FINAS seterusnya akan menyusun gerak kerja dengan lebih teratur bagi mencapai matlamat menjadikan lebih ramai penggiat filem mendapat sijil pengiktirafan profesional hasil daripada kepakaran, pengalaman dan kerjaya mereka.

KHALIL HAJI SALLEH
PRESIDEN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Kembara Cinta Dalam Single Airliftz Berjudul Princess Bubblegum

Lamborghini Berasap Tepi Jalan, Syamsul Yusof Tenang Hisap Rokok