in , ,

Peraduan Premiere With Budiey DESPICABLE ME 3

Hai semua pembaca, pada bulan ini, Budiey.com mahu menjemput pembaca dan Budieyators bersama selebriti untuk menonton sebuah filem animasi yang padat dengan aksi lucu iaitu DESPICABLE ME 3. Jika anda pengemar filem animasi, haaaa… filem ini khas untuk anda!

Sebelum apa-apa, Budiey mahu korang tonton trailer filem ini, DESPICABLE ME 3 di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya ditayangkan di pawagam. Beberapa orang selebriti dan influencers juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

DESPICABLE ME 3

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer DESPICABLE ME 3 yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok filem animasi yang menarik lagi mengujakan lakonan hebat dari Steve Carell, Miranda Cosgrove dan ramai lagi ni.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 15 Jun 2017.

https://youtu.be/hiD54s-G2Dw

Filem DESPICABLE ME 3 ini merupakan filem animasi arahan Pierre Coffin dan Kyle Balda. Filem ini menceritakan tentang Gru dan keluarganya. Kali ni Gru memberi kebenaran untuk 3 orang anak angkatnya tu mengikuti ejen rahsia di tempat dia dan Lucy bekerja.

Ada satu kuasa jahat datang menggangu dan hanya Gru seorang je yang boleh menyelamatkan orang-orang di bandar.  Selain tu, Gru mengetahui kebenaran yang mengejutkan bahawa Lucy isterinya mempunyai dua orang anak dari pernikahan sebelumnya iaitu Corey dan Mario.

Dalam cerita ni juga, Gru telah berjumpa dengan saudara kembarnya iaitu Dru. Nak tahu apa pengakhiran cerita ni? Kenalah tengok dekat panggung wayang berdekatan korang kan.

Para Suara Latar:

Steve Carell – Gru / Dru

Kristen Wiig – Lucy Wilde

Miranda Cosgrove – Margo

Steeve Coogan – Silas

Trey Parker – Balthazar Bratt

Russell Brand – Dr. Nefario

Untuk kalian yang menyukai filem aksi yang padat dengan aksi mendebarkan, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

DESPICABLE ME 3

Peraduan Tayangan Premiere DESPICABLE ME 3

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 89 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

14 Jun 2017 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere DESPICABLE ME 3 – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #DespicableMeMy

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #DespicableMeMy kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Siapakah pengarah yang mengarah filem DESPICABLE ME 3?

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere DESPICABLE ME 3 – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere DESPICABLE ME 3  – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

13 Jun 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mengujakan ini mulai 15 Jun 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Ulang Kejayaan Di World Travel Awards Asia & Australasia

Peraduan Online My Own Creation Dunia LEGO®