in , ,

Perjalanan 15 Tahun Hyper Act Bergabung di Pentas Konsert Reunion

Konsert REUNION ini bakal menggabungkan semula bekas-bekas anggota Hyper Act. sebelum ini.

Redvena bersama Redvena Music buat julung kalinya akan menganjurkan konsert dengan kerjasama label artis Talent Toy Production yang bakal menampilkan kumpulan Hyper Act yang terdiri daripada Firman Bansir (Vokal Utama), Toy Nizam (Bes dan Vokal Kedua), Freddy (Gitar Utama), Etan (Gitar Kedua) dan Ejam (Drum) pada 3 Februari 2024 (Sabtu) jam 8.30 malam bertempat di KWC StarXpo, Kuala Lumpur. 

Konsert ini adalah bersempena dengan ulangtahun ke-15 kumpulan Hyper Act. pada tahun 2024 semenjak penubuhannya pada tahun 2009. Selain itu, konsert ini juga adalah sebagai kesinambungan aktiviti Hyper Act. 

Selepas pelancaran lagu terbaru mereka “Pasti Terjadi” pada Oktober 2023. Tambahan daripada itu, konsert ini bakal menggabungkan semula bekas-bekas anggota Hyper Act. sebelum ini iaitu Ronnie Hussein (Vokal Utama), Kecik Ogie (Vokal Utama) dan Labib (Drum), dan ini adalah seperti yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka sekian lama.

Menurut Hyper Act. Konsert ini yang bakal dihadiri oleh 5,000 orang peminat peminat Hyper Act. dan akan dihiburkan dengan lagu- lagu hit mereka seperti Harapan, Hanya Aku, Impian, Takkan Pergi, Bukan Untukku, Kasih, Pasti Terjadi dan selebihnya. Jangkaan lagu sebanyak 16 buah dan masa konsert ini adalah selama 2 jam. 

Tiket masuk telah mula dijual di platform TICKET2U sejak 24 Oktober 2023. Tiket yang berharga RM115 (Zon 5 Berdiri) telah habis dijual manakala tiket-tiket yang masih ada berharga RM175 (Zon 4 Berdiri), RM195 (Zon 3 Berdiri), RM225 (Zon 2 Berdiri), RM245 (Zon 1 Berdiri), RM295 (“Pasti Terjadi” – Berdiri) dan RM250 (Meet & Greet).

HYPER ACT

Konsert ini mendapat sokongan rakan radio Hot FM, rakan media Astro Gempak, penaja seperti Icha Hair Studio by Icha Khairul dan Mell Beauty Makeup by Eiycha Aziz dan rakan rasmi iaitu Ombak Exclusive.

Redvena Music and Management adalah sebuah label rekod muzik yang menjalankan perniagaan seperti pengurusan muzik, acara dan artis.

Antara artis yang pernah bekerjasama dengan Redvena adalah seperti Judika, Hyper Act., Issam Bayan, Hannah Delisha, Tomok, Dayang Nurfaizah, Fourteen, Panic Room dan Superchild. Redvena juga pernah terlibat didalam pembikinan muzik video seperti Takkan Pergi, Bukan Untukku, Kasih dan Esok Masih Ada.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jumlah Sebenar Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ di Netflix Telah Didedahkan

Hadiahkan Anak Anda dengan Samsung Galaxy Tab A9+ | Tab A9