in ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem JAGAT

Premiere With Budiey terus menghangatkan sinema Malaysia, Budiey tampilkan kepada anda semua sebuah filem Tamil buatan Malaysia berjudul JAGAT di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Jagat… jika diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Jagat bermaksud brutal… bagaimana bentuk brutal ini diterjemahkan dalam visual filem ini, Budiey tak pasti. Korang kena tonton sendiri ya.

Kalau nak tahu, filem ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 17 Disember 2015. Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh dengan adegan dramatik ini bersama beberapa selebriti yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer JAGAT yang telah diriliskan di dada SkyzenStudios Youtube Channel.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Untuk kalian yang menyukai filem bertemakan kehidupan gangster yang suspen ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Untitled

 

Sinopsis Filem JAGAT

Set in the early 1990’s, a critical period in Malaysian Indian history, the story subtly underlines the plight of the Malaysian Indian. Forsaken by the estate owners who had employed them for generations and systematically marginalized, they are forced to move to the cities and survive under harsh circumstances. Left out of the nation’s urbanization and development plans, many live in squatters and work at minimum wage jobs. The plot centers on bright but mischievous 12 years old boy, Appoy and his relationship with his father, Maniam and his uncles, Bala (an ex drug addict) and Dorai (Mexico) a local gangster.

Peraduan Tayangan Premiere Filem JAGAT

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Skyzen Studio ingin menghadiahkan 90 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

3 Disember 2015 (Hari Khamis)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC Nu Sentral, Kuala Lumpur

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif. Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere JAGAT – Budiey.com di GSC Nu Sentral, Kuala Lumpur.

Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan? Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #Jagat Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni.

Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/JagatTheMovie & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #Jagat kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama dalam filem JAGAT

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda: Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere JAGAT – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere JAGAT – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan: 29 November 2015 (Hari Ahad)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter. eringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya.

Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Skyzen Studio dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 19 November 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/JagatTheMovie dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel Jagat The Movie : www.youtube.com/JagatTheMovie

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Untitled

JagatUntitled

UntitledJagat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Kamera LEICA SL Yang Anda Perlu Tahu

Bakat Penyanyi Malaysia Menyinar di D’Academy ASIA Indosiar