in , ,

Peraduan Premiere With Budiey – Filem FLATLINERS

[dropcap]S[/dropcap]alam semua pembaca Budiey.com, bulan Oktober ini makin banyak filem yang menarik akan berada di pawagam. Premiere With Budiey dimulakan dengan beberapa filem aksi yang menarik antaranya FLATLINERS yang menampilkan pelakon hebat Ellen Page, Diego Luna, Nina Dobrev, James Norton dan Kiersey Clemons sebagai teraju utama.

FLATLINERS merupakan filem bergenre horror sci-fiction garapan dari pengarah yang berasal dari Denmark, Niels Arden Oplev (Tv series: Mr.Robot). Filem ini adalah adaptasi dari filem yang pernah dihasilkan pada tahun 1990 dengan judul yang sama iaitu FLATLINERS yang diarah oleh Joel Schumacher yang merupakan karya dari seorang penulis bernama Peter Filardi. Dulunya, filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Kiefer Sutherland, Kevin Bacon, Julia Roberts dan William Baldiwin.

Filem FLATLINERS

Filem ini menggandingkan penerbit tersohor, Laurence Mark (I Robot, The Greatest Showman) dan dibantu oleh Michael Douglas (Beyond the Reach, Ant-Man and Wasp) dan juga Peter Safran (The Conjuring franchise, Aquaman) untuk mengatur alur cerita yang dibuat oleh Ben Ripley (The Watch). Filem FLATLINERS ini dibintangi oleh Ellen Page (Inception, Mercy), Diego Luna (Rogue One, Scarface), Nina Dobrev (xXx: Return of Xander Cage, Departures) dan James Norton (Hampstead).

[pullquote align=”right”]Filem yang menelan belanja kos sekitar $20 juta ini sekaligus menggabungkan kolaborasi distributor Columbia Pictures sebagai perusahaan produksi bersama Further Films, Laurence Mark Productions dan Cross Creek Pictures di mana filem ini dijadualkan akan menemui penonton di pawagam mulai 19 Oktober 2017 dengan taglinenya “Cross the line. Death will follow you back”.[/pullquote]

Filem FLATLINERS akan dibintangi oleh Nina Dobrev berperanan sebagai (Marlo), Ellen Page sebagai (Courtney), Kiersey Clemons sebagai (Sophia), Diogo Luna sebagai (Ray), James Norton sebagai (Jamie), dan Kiefer Sturherland sebagai (Nelson).

Sudah tentu korang akan teruja nak menantikan premiere kali ni kan? Jadi stay tuned okay. Banyak filem yang menanti untuk ditonton sepanjang penghujung tahun 2017 ini.

Budiey kira ramai peminat filem ini mahu menonton kisah menarik kali ini. Dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem FLATLINERS yang akan diadakan di GSC 1Utama pada 17 Oktober 2017.

Kepada yang nak tonton filem arahan Niels Arden yang paling dinantikan ini, anda juga boleh menonton filem ini yang akan berada di pawagam mulai 5 Oktober 2017.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi yang mendebarkan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Sinopsis Filem FLATLINERS

Filem ini mengisahkan lima orang mahasiswa kedoktoran yang terlalu obses dengan pelbagai misteri kehidupan. Dalam melakukan eksperimen, mereka selalu melakukan ujian yang sangat ekstrim dan melampaui batas kehidupan yang cukup merbahaya.
Bermula dengan eksperimen yang menghentikan degup jantung dalam waktu singkat dan kembali dari kematian lalu kemudian eksperimen dilanjutkan kepada keadaan yang lebih merbahaya iaitu dengan mematikan diri mereka dengan jangka waktu yang lebih lama sehingga membuat mereka dihantui oleh perkara yang cukup misteri. Selain dari itu, mereka juga menempuhi pelbagai kejadian aneh yang cukup mistik setelah merasai kematian. Sama-sama kita tonton pengakhirannya.

In Flatliners, five medical students, obsessed by the mystery of what lies beyond the confines of life, embark on a daring and dangerous experiment: by stopping their hearts for short periods of time, each triggers a near-death experience – giving them a firsthand account of the afterlife.  But as their experiments become increasingly dangerous, they are each haunted by the sins of their pasts, brought on by the paranormal consequences of trespassing to the other side.

Selain hadiah tiket menonton, Budiey juga ingin memberikan barangan merchandise filem ini kepada anda yang bertuah:

Felt Envelop

5 x Limited Edition ‘Flatliners’ Folder

FL_Canvas bag

5 x Limited Edition ‘Flatliners’ Canvas Bag

FL_T-shirt

5 x Limited Edition ‘Flatliners’ T-Shirt

Peraduan Premiere With Budiey – Filem FLATLINERS

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

17 Oktober 2017 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1Utama

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere FLATLINERS – Budiey.com di GSC 1Utama.

Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan? Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #FlatlinersMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan tagline filem FLATLINERS

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem FLATLINERS kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere With Budiey Filem FLATLINERS

Tarikh tutup peraduan:

16 Oktober 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mendebarkan ini mulai 19 Oktober 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem FLATLINERS

Filem FLATLINERS

Filem FLATLINERS

Filem FLATLINERS

Filem FLATLINERS

Filem FLATLINERS

Filem FLATLINERS

Filem FLATLINERS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

VIDEO: Seronok Tengok Datuk Seri Alif Syukri Test Drive Kereta Hummer

Yang Menarik Tentang Drama DIA Lakonan Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah & Adi Putra