in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem A STAR IS BORN

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini! Jadi apa tunggu, dapatkan 2 tiket percuma dengan menyertai peraduan ini. Lekas!

Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere A STAR IS BORN – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 16 Oktober 2018 (Hari Selasa) di GSC 1Utama.

A STAR IS BORN

A STAR IS BORN sebuah filem bergenre drama romantis dengan acuan muzikal yang digarap oleh Bradley Cooper selaku pengarah, penerbit dan juga penulis skrip dan sekaligus beliau merupakan pelakon utama dalam filem ini. Dengan melakukan ‘remake’ dari filem judul yang sama tahun 1937 garapan dari William A Wellman, Robert Carson, Dorothy Parker dan Alan Campbell. 

Filem ini menceritakan tentang seorang ahli muzik bernama Jackson Maine yang suka mabuk sebab selalu minum minuman keras (alcoholic) dan kemudian ia jatuh cinta dengan seorang penyanyi muda bernama Ally.

Untuk info, filem ini menjadi filem remake ke-3 dari filem asal tahun 1937. Filem pertama remake pada tahun 1954 dengan judul yang sama dibintangi Judy Garland dan James Mason dan kemudian di-remake kembali pada tahun 1976 dengan aliran muzik rock yang dibintangi oleh Barbra Streisand dan Kris Kristofferson. 

Filem ini dibintangi oleh Lady Gaga dan Bradley Cooper selaku pelakon utama. Turut berada dalam barisan pelakon ialah Anthony Ramos (Trolls 2, Godzilla King of the Monsters), Andrew Dice Clay (Point Doom, My 5 Wives), Dave Chappelle (Blue Streak, Screwed) dan Sam Elliott (Rock Dog, The Hero). Mereka akan berperan sesuai skenario yang telah dibuat oleh Eric Roth, Will Fetters dan juga Bradley Cooper (Deeper, Bernstein).

Filem ini pernah ditayangkan di beberapa festival filem seperti Venice Film Festival dan Toronto International Film Festival. Ramai sekali pengkritik filem telah memberikan komentar yang sangat positif tentang garapan dan penceritaan serta mutu lakonan dalam filem ini. IMDb pula memberikan 9.2/10 dari 2 ribu pengundi dan 95% dari Rotten Tomatoes sejak artikel itu disiarkan.

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem A STAR IS BORN yang penuh dramatik dan suka duka ini.

Filem A STAR IS BORN akan ditayangkan di pawagam mulai 18 Oktober 2018, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

Peraduan Tayangan Premiere Filem A STAR IS BORN

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

16 Oktober 2018 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

GSC 1Utama

Sebanyak 97 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere A STAR IS BORN – Budiey.com di GSC 1Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #AStarIsBornMY 

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #AStarIsBornMY  kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan pengarah filem ini.
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem A STAR IS BORN  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere A STAR IS BORN – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

19 Ogos 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 18 Oktober 2018 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia  follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TAHNIAH! Fattah Amin Bakal Dilantik Jadi Duta Kereta Toyota C-HR

Watak Bibik Janna Nick Dalam Telemovie AKU BUKAN ORANG GAJI