in ,

Penulis Mahu Nanoken Universe Dijadikan Inspirasi Untuk Belia Zaman Ini

Penulis buku sains fiksyen Hafizul Mohd Razali begitu teruja dengan sambutan dan maklum balas belia terhadap cetusan idea Nanoken Universe.

Setakat ini sebanyak 50 naskhah buku Nanoken Universe telah dan bakal diagihkan ke perpustakaan sekolah di bandar dan luar bandar sekitar Miri termasuk Bario.

“Saya turut mengadakan kerjasama dengan pihak Pustaka Miri untuk memperkenalkan buku ini ke peringkat perpustakaan di sekolah-sekolah menengah luar bandar di mana satu hari kemungkinan watak Kapten Neo bakal menjadi ikonik sebagai adiwira dari Sarawak,”

– Hafizul 
NANOKEN Hafizul

Buku sains fiksyen itu turut menyelitkan kisah-kisah sejarah dan mistik yang berlaku di nusantara dalam tempoh 500 tahun bermula tahun 1511 hingga 2059. Tentang Nanoken Universeia menyediakan landasan kepada belia tempatan untuk menyerlahkan kreativiti dan bakat dalam dunia seni digital. 

“Belia kita perlu ada platform asas untuk berkarya, sekali gus mengangkat mereka supaya dapat pergi jauh.
“Nanoken Universe adalah seperti batu loncatan mereka untuk pergi ke peringkat seterusnya,”

– Hafizul 

Menerusi penghasilan buku itu, beliau cuba mendekati belia kreatif tempatan dengan mengajak mereka melahirkan produk seni kreatif.

Pada hujung minggu ini, Hafizul akan terlibat dalam pameran di Konvensyen Hobi anjuran Pustaka Miri.

Ia merupakan penyertaan julung kalinya pada tahun ini dan Hafizul berharap lebih ramai belia akan mahir menggunakan teknologi digital seperti watak Prof NANO dalam kisah pentalogi Nanoken Universe, seorang saintis yang berjaya mengatasi masalah pandemik.

Ada kemungkinan idea kisah fiksyen ini terlalu rumit untuk difahami semua namun beliau yakin Nanoken Universe boleh menjadi platform untuk melebarkan pemikiran dan mencetuskan inspirasi buat belia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Samsung Galaxy Z Flip5, Kelebihan & Inovasi Untuk Masa Depan

SITI NORDIANA

Dah Lama Hidup Sebagai Janda, Siti Nordiana Cari Lelaki Yang Memahami