in , ,

Penjual Sambal dari Pulau Pinang Pecah Rekod Jualan RM1 Juta di Shopee Live

Strim Langsung 24 Jam Sehari Kedai Abang Syukor Buka Peluang Pekerjaan Tempatan

Syukor Majid, pemilik dan pengasas Kedai Abang Syukor telah berjaya memperoleh RM1 Juta menjual sambal di Shopee Live selama tiga bulan, dan bercadang untuk terus menggunakan platform ini.

Penjual tempatan berasal dari Pulau Pinang ini bukan sahaja terkenal dengan terkenal dengan jenama seperti Syukor Burger, Syukor Coffee, rempah kari ayam dan daging Abang Syukor, dan juga pelbagai minuman pracampuran, tetapi juga mengacarakan salah satu strim langsung paling banyak ditonton di Shopee Live semasa Shopee 11.11 Jualan Hebat.

Penjual Sambal dari Pulau Pinang Pecah Rekod Jualan RM1 Juta di Shopee Live

Terkini, Syukor menjual 1,000 – 2,000 botol sambal setiap hari. Kedai dalam taliannya mempunyai 18 perisa, dan produk terlaris adalah Sambal Merah Bilis Petai, Sambal Hijau Tempoyak Petai, and Sambal Hijau Bilis Jering. 

Sambal adalah makanan sampingan wajib di Malaysia,” kata Syukor. “Ianya sebati dengan rakyat Malaysia untuk makan apa sahaja dari nasi ke mi dengan sambal; semua orang suka sambal yang sedap, dan ianya sesuai untuk dijual secara dalam talian kerana ianya siap sedia untuk dimakan dan senang untuk di pos keluar.”

Syukor, seorang usahawan berpengalaman selama 15 tahun mengakui bahawa jualan strim langsung di Shopee Live merupakan cara pemasaran baharu terbaik berbanding aplikasi pemesejan segera dan platform media sosial. “Pada mulanya, saya cuma mahu mengetengahkan produk saya kepada sasaran pelanggan baharu. Namun, saya sedar dengan cepat akan potensi Shopee Live, dan memfokuskan usaha pemasaran dan jualan saya di platform ini.”

Penjual Sambal dari Pulau Pinang Pecah Rekod Jualan RM1 Juta di Shopee Live

Dedikasi beliau membawa hasil. Syukor merupakan salah satu penjual Shopee Live terbaik, dan berstrim langsung paling lama dengan 155 jam siaran setiap minggu. Asalnya menggunakan Shopee Live sekadar untuk bereksperimen selama dua jam telah bertukar menjadi maraton strim langsung 24 jam. Beliau dan pasukan beliau yang merangkumi tujuh pengacara bergilir-gilir mengacarakan strim langsung mereka dan memastikan mereka sentiasa ada untuk pelanggan sepanjang masa.  Kaedah strim langsung 24 jam ini adalah seperti Syukor memiliki kedai runcit yang tidak pernah tutup dan memberikan Syukor kelebihan besar berbanding pesaing luar taliannya.

Sebagai seorang pempengaruh, Syukor juga berjaya menarik 600,000+ peminat media sosial beliau untuk menjadi pelanggan setia Shopee Live. Syukor membimbing mereka ke arah perjalanan pembelian di Shopee yang mudah untuk membeli sambal kegemaran mereka dengan hanya beberapa klik. Tujuh pengacara Syukor juga memiliki personaliti mirip Syukor yang bertenaga dan memupuk keterlibatan komuniti dengan jenaka, nyanyian, dan borak-borak kasual.

Penjual Sambal dari Pulau Pinang Pecah Rekod Jualan RM1 Juta di Shopee Live

Buat Syukor, baucar Shopee merupakan sebuah modal mampu milik yang amat membantu perkembangan perniagaannya. “Baucar Shopee merupakan alatan perniagaan berkesan terutamanya semasa kempen jualan dua digit,” jelas Syukor di mana jualannya meningkat 600% semasa 11.11 dengan strategi diskaun ini. 

“Shopee merupakan pemangkin untuk saya mengembangkan perniagaan sambal saya. Dalam masa beberapa bulan akan datang, saya berniat untuk melancarkan tiga lagi kedai Shopee Live untuk memenuhi permintaan pelanggan,” kata Syukor. 

Penjual Sambal dari Pulau Pinang Pecah Rekod Jualan RM1 Juta di Shopee Live

Syukor mempunyai rancangan untuk mengembangkan kilang sambalnya dan membawakan peluang pekerjaan lebih banyak kepada komuniti tempatan di Tasek Gelugor dan kawasan lain. Terkini, beliau mempunyai 100 pekerja dalam perniagaan pengilangan dan pengeluaran makanan, di mana 31 daripada pekerja ini bekerja dalam pengendalian sambal, dan tujuh merupakan pengacara berdedikasi di Shopee Live. Pekerjaan-pekerjaan ini memajukan ekonomi komuniti tempatan, di mana mereka merupakan penduduk tempatan. 

“Shopee Live memperkasakan saya untuk mengembangkan perniagaan saya, mencipta pekerjaan, dan menyumbang kepada komuniti. Melalui strim langsung, saya berjaya mengembangkan kecapaian saya, mengurangkan kos, dan mengambil lebih ramai pekerja. Walaupun kejayaan kewangan amat penting, matlamat utama saya adalah untuk memberi kembali kepada masyarakat,” tambah Syukor. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

M. NASIR

Prihatin & Datuk M. Nasir Berbesar Hati Dilantik Jadi Duta Mercy Malaysia

FIZA MENINGGAL

Urusan Bawa Pulang Jenazah Allahyarham Fiza Ambil Masa Seminggu