in

Pemenang Pertandingan Mewarna Dapat Ke Tokyo Disneyland

Impian menjadi kenyataan untuk Chang Sin Ying dan Lim Hui Xin yang akan berlepas ke Tokyo Disneyland kelak setelah memenangi Peraduan Colour & Win Faber-Castell, yang diadakan sempena ulang tahun Faber-Castell yang ke-35 di Malaysia.

Juara kategori 7-9 tahun, Sin Ying dan kategori 10-12 tahun, Hui Xin, telah menghidupkan lukisan burung kakak tua dengan pelbagai campuran warna menarik bagi memenangi pusingan akhir pertandingan tersebut yang diadakan di pusat membeli-belah, 1 Utama Shopping Centre.

Participants Of Category B (10-12 Years Old) Copy

Pemenang Pertandingan Mewarna Faber-Castell Bakal Menuju ke Alam Penuh Keajaiban

Hanya 160 orang peserta telah dipilih dari ribuan penyertaan daripada kedua-dua kategori tersebut bagi merebut hadiah utama iaitu lawatan 5 hari ke Tokyo Disneyland.

Ibu bapa Sin Ying yang sentiasa menyokong minatnya untuk mewarna telah menggalakkannya untuk mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna Faber-Castell. Puan Heng Chew Hong dengan bangganya berkata, “Sin Ying amat teruja untuk mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna Faber-Castell dan telah berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan itu. Perjalanan jauh dari Johor untuk mengambil bahagian dan memenangi peringkat akhir pertandingan ini amat berbaloi bagi kami sekeluarga.”

Hui Xin, 11, dari Pulau Pinang, menyatakan rasa terhutang budi kepada ibu bapanya atas kemenangan itu. Hui Xin yang gemar melukis dengan pensel warna air Faber-Castell kegemarannya berkata,

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya di atas sokongan mereka dalam menggalakkan saya untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini. Peringkat pertandingan ini diadakan paling jauh dari rumah tetapi saya tidak mengambil kira itu semua, malah berasa amat bangga dan gembira serta tidak sabar untuk berseronok di Tokyo Disneyland bersama keluarga nanti!”

Sin Ying dan Hui Xin, masing-masing memenangi percutian 5 hari ke Tokyo Disneyland bernilai RM30,000 untuk dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak serta wang saku sebanyak RM5,000. Secara keseluruhannya, hadiah-hadiah peringkat akhir yang bernilai RM250,000 terdiri daripada TV LED 50 inci, iPad, telefon bimbit S4, basikal dan hamper. Kesemua peserta juga telah membawa pulang dan menimba pelbagai pengalaman manis serta hadiah.

Maybank, selaku penaja pertandingan, telah menyumbangkan hadiah bonus berjumlah sehingga RM30,000 kepada pemenang yang memilki akaun Maybank Yippie, Yippie-I, imteen dan imteen-I yang mana wang tunai tersebut telah dikreditkan ke dalam akaun mereka masing-masing.

Lim Hui Xin &Amp; Family, The Grand Prize Winner_Category B

Selain pertandingan mewarna peringkat akhir di 1 Utama Shopping Centre, jerayawara 5 hari Faber-Castell itu turut menjalankan pelbagai acara menarik seperti melukis komik Manga dan karikatur, persembahan silap mata dan penampilan burung kakak tua hidup yang melambangkan maskot Faber-Castell untuk pensel warna air mereka.

Sempena ulang tahun ke-35 ini, Faber-Castell memberikan banyak hadiah eksklusif yang terdiri daripada Pensil Tri Grip 2B, pensel warna air, pemadam serta pengasah pensil kepada para pengunjung untuk menunjukkan penghargaan kepada pengguna setia produk Faber-Castell. Diskaun menarik turut ditawarkan bagi seluruh rangkaian produk Faber-Castell, termasuk koleksi Faber-Castell Design Collection.

Pengurus Pemasaran Faber-Castell Malaysia, Ivy Leong, berkata,”Faber-Castell amat gembira dengan pengalaman indah meraikan ulang tahunnya bersama para pengguna di seluruh negara melalui aktiviti turun ke padang dan memberi sepenuh penghargaan kepada mereka.”

“Faber-Castell ingin memberikan inspirasi untuk bersikap kreatif di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa melalui aktiviti mewarna, melukis serta kegiatan seni. Acara jerayawara Faber-Castell kali ini termasuklah pertandingan mewarna, melakarkan ekspresi secara bebas di samping mengambil peluang untuk memberi ganjaran kepada para pengguna setia Faber-Castell yang cintakan warna-warna daripada produk kami,” tambah Ivy.

Chang Sin Ying &Amp; Family, The Grand Prize Winner_Category A

Img_5250

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Imbau Kembali Lagu Zaman 40an Dalam Senandung Kasih

Astro Bakal Anjur Planet Gempak Ola Bola