in

Astro Bakal Anjur Planet Gempak Ola Bola

Setelah menempa kejayaan tahun lalu dengan Planet Gempak, Astro pada tahun ini membawakan PLANET GEMPAK OLA BOLA yang bakal menjelajah ke lokasi-lokasi terpilih untuk membawakan pengalaman dari kaca TV ke karnival besar-besaran.

SHIRO_1

Orang ramai sekali lagi dapat mengalami sendiri program popular di saluran Astro yang selama ini hanya ditonton di kaca TV, di samping berkenalan dengan lebih dekat artis dan personaliti TV kesayangan penonton Malaysia.

Kembalinya karnival besar-besaran ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak aktiviti hiburan, permainan, pameran, persembahan serta promosi interaktif kepada pengunjung; tetapi juga demam Piala Dunia FIFA 2014 Brazil, kejohanan bolasepak terbesar dan paling dinanti-nantikan.

Sama ada program hiburan, rancangan pendidikan mahupun sukan – semuanya akan ‘dihidupkan’ di empat lokasi Planet Gempak Ola Bola. Nantikan pengumumannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Pertandingan Mewarna Dapat Ke Tokyo Disneyland

Konsert Pengenalan Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2