in

Pelawak Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis

Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Senario, Yassin Yahya,32, dan dua rakannya yang ditahan selepas dipercayai positif dadah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir kepada Bernama berkata mereka dibebaskan pada pukul 4.30 petang, Selasa selepas keterangan diambil.

“Bagaimanapun kita masih menunggu keputusan ujian air kencing ketiga-tiga mereka dari pihak hospital dan siasatan akan terus dijalankan,” katanya.

Pelawak berusia 32 tahun dan dua rakannya itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada awal pagi Ahad lepas.

Hasil pemeriksaan ujian air kencing mendapati pelawak tersebut positif dadah jenis ganja manakala dua rakannya iaitu seorang pengurus artis dan seorang peniaga positif dadah jenis ketamin.

Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Remaja NIPS Crazy Challenge TV3

Sertai Ujibakat Mari Menari Astro