in ,

Pelakon Hollywood Cody Walker Meriahkan Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia

Susulan dari kejayaan demi kejayaan yang dilakar, TODAK terus memperkasakan jenama dengan melebarkan sayap dalam bidang permotoran di bawah rangkaian komunitinya iaitu TODAK RACING.

Pembabitan TODAK RACING selaku salah satu penaja utama penganjuran Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia, yang berlangsung di Bandar Malaysia, Pengkalan TUDM, Sg Besi, hari ini, hanyalah satu permulaan untuk melangkah lebih jauh di dalam bidang permotoran tempatan seterusnya arena antarabangsa. 

Pelakon Hollywood, Cody Walker, 31, tampil memeriahkan acara Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia yang berlangsung di Bandar Malaysia, Pengkalan TUDM, Sungai Besi pada Sabtu lalu.

Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia

Merupakan pengalaman pertamanya datang ke Malaysia, Cody membuat kunjungan di booth Todak Racing sekitar jam 2 petang dan perkara terbabit menambahkan keterujaan hadirin yang berkunjung.

Sedikit infomarsi mengenai Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia, ia adalah sebuah acara pertunjukan kereta yang didaftarkan di bawah tabung DRIVE 4 PAUL dan diadakan bersempena memperingati Paul Walker yang merupakan megastar filem drifter terulung, Fast & Furious.

Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia

Pengasas merangkap Presiden Todak Racing, Mohamed Aizuddin Mohamed Khairi, berkata, pembabitan di dalam acara ini bukan saja dilihat sebagai satu sokongan kepada industri permotoran negara bahkan batu loncatan untuk pasukannya beraksi di peringkat yang lebih tinggi.

“Impian kami tentunya suatu hari nanti untuk mewarnai arena perlumbaan antarabangsa.

Namun sebagai pasukan yang masih baharu, penglibatan dalam acara sebegini dapat memberi pendedahan kepada pelumba termasuk keseluruhan pasukan TODAK RACING menimba pengalaman.

Terima kasih kepada penganjur DRIVE FOR PAUL MALAYSIA AND ORGANIZER HAVOC kerana memberi kepercayaan kepada Drift Factory, TODAK dan Monster Energy, untuk mengendalikan acara dan persembahan di DRIVE FOR PAUL DRIFT SHOW by Drift Factory Malaysia powered by Monster Energy & TODAK.

“Kami percaya bahawa membina hubungan dengan komuniti yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang permotoran dapat memperkasakan sesebuah jenama termasuk kepercayaan umum.”

– Mohamed Aizuddin Mohamed Khairi
Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia

Bersempena Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia, TODAK RACING juga amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan rakan penaja Monster Energy, dalam menyedia dan menyelenggara aktiviti sepanjang acara ini berlangsung.

“Saya kira ia satu kolaborasi yang mengujakan kerana TODAK RACING dan Monster Energy berpegang kepada matlamat dan DNA strategi pemasaran yang sama iaitu Gaming, Motorsports, Music dan Lifestyle. 

“Pastinya sebagai penaja utama, TODAK RACING dan Monster Energy, berharap acara ini dapat memberi satu pengalaman baharu juga mendidik masyarakat bahawa bidang permotoran yakni perlumbaan bukan saja satu aktiviti yang sihat, malah tiada yang mustahil bagi pasukan lumba kereta tempatan melakar nama di arena sukan lumba antarabangsa,”

– Mohamed Aizuddin Mohamed Khairi

Tambahnya lagi, Monster Energy adalah sebuah jenama minuman penambah tenaga  No.1 di Amerika Syarikat dan kini boleh didapati di Malaysia.

Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia

Matlamat pemasaran Monster adalah mencipta dan penampilan imej ‘ranggi’ dalam kalangan belia menerusi pasukan Monster, duta atlet, pemuzik, dan Monster Girls. 

Menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung, TODAK RACING amat berbesar hati untuk memperkenalkan dua pelumbanya iaitu Mohamad Hafez Kamarudin yang telah menjuarai beberapa siri perlumbaan antaranya Malaysia Super Turismo untuk kategori Ultimate 1800 memandu kereta Honda EK9 dan Malaysia Speed Festival. 

Bersama-sama Hafez memeriahkan acara ini, adalah pelumba kedua TODAK RACING iaitu Adni Shahrul, yang semakin menyerlah di arena perlumbaan.
Kedua-dua mereka hadir memeriahkan acara berkenaan sekaligus mempamerkan kereta lumba mereka di booth TODAK RACING.

Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia

Selain itu, pertunjukan dari pasukan BMX TODAK yang bakal mewakili Malaysia di pentas Sukan SEA 2019 di Manila juga pasti mengujakan!.

Peluang baik buat pengunjung, TODAK RACING juga memberikan mereka peluang merasai sendiri pengalaman drift bersama TAXI RIDES BY DRIFT FACTORY

Sedikit infomarsi mengenai Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia, ia adalah sebuah acara pertunjukan kereta yang didaftarkan di bawah tabung DRIVE 4 PAUL dan diadakan bersempena memperingati Paul Walker yang merupakan Megastar filem drifter terulung, Fast & Furious.

Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia

Istimewanya mengenai pertunjukan ini berbanding persembahan kereta konvensional, unsur amal diterapkan, bertujuan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada organisasi bantuan bencana, ROWW (Reach Out Worldwide), yang diasaskan oleh Paul sendiri.

Tambah mengujakan, Cody Walker, turut hadir untuk memeriahkan acara. Cody merupakan adik kepada mediang Paul Walker yang telah menyempurnakan bahagian babak terakhir filem Furious 7, setelah abangnya terlibat dalam kemalangan maut sewaktu pembikinan filem itu masih dijalankan.

Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia

Cody Walker yang kali pertama mengunjungi Malaysia akan membuat kunjungan di booth TODAK RACING sekitar jam 2 petang.

Menghangatkan lagi suasana, dua artis naungan TODAK MUSIC iatu, Shiha Zikir dan Razak A’ai akan menghiburkan orang ramai!

Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia
Drive for Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey ZOMBIELAND: DOUBLE TAP

Tayangan Filem JAGAT DEEPAVALI Ini di TV2