in ,

Ini Cara Sebenar OH CHENTAKU Sambut Ulangtahun Ke-10 Tahun Dalam Industri

OH CHENTAKU (OCK) MERAIKAN LEBIH 10 TAHUN BERTAPAK DALAM INDUSTRI MUZIK DENGAN SINGLE BERSERTAKAN VIDEO MUZIK “Anugerah Of The Year”

Setelah bertahan selama 10 tahun dalam industri muzik tanahair, kumpulan rock alternative kesayangan Malaysia, Oh Chentaku (OCK), meraikan semangat perjuangan indie mereka dengan pelancaran single bahasa inggeris terkini berjudul, “Anugerah Of The Year”.

OH CHENTAKU

Lagu in merupakan ‘single’ pertama dari album ke-4 mereka yang bakal dirilis tahun ini dibawah label sendiri, Oh Chentaku Records.

Pencipta lagu dan lirik, single tersebut adalah penyanyi utama OCK, Myo dan lagu ini merupakan sindirian nakal terhadap situasi industri muzik tanah air. Video Muzik, yang akan dilancarkan sejurus selepas, telah diterbitkan dan diarahkan oleh Myo sendiri.

https://youtu.be/cR0ROYLSUcA

Video tersebut memberi tumpuan kepada kekuatan OCK dalam memberi persembahan yang dinamik dan bertenaga. Keistemewaannya adalah penglibatan pasukan aksi lasak dan solekan “special effects” yang didunakkan dalam industri perfileman.

Muzik OCK tidak mengambil kira umur, bangsa atau agama, tetapi mempunyai identiti tersendiri dan stail rock OCK yang meraikan semangat “rock and roll” muda-mudi. Pada mulanya penulisan lagu hanya di lakukan oleh ketua kumpulan dan pengasas band, Myo, tetapi dalam album yang terkini, ahli kumpulan yang lain; Naem, Amber, Jimmy, Jack dan Wawa turut memainkan peranan yang penting dalam susunan dan perangkaan lagu-lagu baru tersebut.

Kesemua anggota kumpulan ini mempunyai citarasa lagu berentak Rock yang agak berlainan yang merangkumi rock n roll, hard rock, metal termasuk lagu rentak akustik yang lebih mencengkam jiwa dan perasaan pendengar, diiringi bait lirik yang menusuk kalbu. Citarasa ini membawa satu kolaborasi rock yang agak unik pada susunan muzik OCK.

Selama penglibatan 10 tahun mereka ini, OCK yang dikenali dengan persembahan pentas yang dinamik telah gigih mendekati peminat-peminat melalui persembahan di seluruh tanahair. Melalui pengalaman berinteraksi dengan penoton dan sikap terbuka terhadap peningkatan bakat mereka, OCK telah memikat hati peminat dan mendapat respek rakan sebaya industri muzik.

Rancangan Oh Chentaku untuk tahun 2018 ini adalah menumpukan perhatian dan tenaga kepada pelancaran album baru dan siri jelajah ke seluruh Malaysia dan serantau.

LATAR BELAKANG Oh Chentaku yang di tubuhkan pada tahun 2007 memperjuangkan genre muzik progresif rock, setakat ini mempunyai 3 album penuh:  Heartbreak Ridge Was Never This Arrogant (2007)  Suitcase, A Scarf And The Departure (2009)  YOUNGHEARTS (2014)

Pada mulanya kumpulan ini hanya di anggotai 3 pemuzik yang berunsurkan pop punk yang emo tetapi muzik mereka telah berevolusi kepada rock progresif yang lebih matang tetapi masih dengan pengaruh pop-punk yang nakal. OCK adalah band yang sentiasa memberikan persembahan yang bertenaga dan tidak pernah menghampakan penonton-penonton di mana saja mereka beraksi.

Oh Chentaku yang mempunyai reputasi sebagai band yang memberi persembahan hebat kini terdiri daripada 6 pemuzik :  Myo (Mior Luqman Hakim Bin Mior Mohd Zain) selaku penyanyi utama dan pemain gitar  Naem (Mohd Naim Bin Mohd Noor) selaku pemain bass  Jimmy (Jimmy Tan Jee Lee) selaku pemain dram  Wawa (Yuswa Bin Ansari) selaku pemain keyboard  Amber (Afiq Iskandar Bin Zainal Ariffin) selaku pemain gitar  Jack (Charles Simon Lian) selaku pemain gitar utama *Akaun instagram: @xohchentakux @myo_ @naemsutan @jimmyjamjamz @jxlian @afiqoramber @yuswa #ohchentaku Walaupun di tubuhkan dalam tahun 2007 tetapi mereka mempunyai komitmen kepada karier dan pembelajaran masing-masing.

Nasib kumpulan ini telah berubah apabila penyanyi utama, Myo, memutuskan untuk membelakangkan kariernya di dalam industri perhotelan dan tourism untuk meneruskan minatnya dalam bidang muzik. Dengan kemasukkan Amber dan Jimmy sebagai ahli kumpulan mereka telah menyertai dan menjuarai “Battle Of The Indie Bands GIG” yang dianjurkan oleh TV9 Malaysia.

Kumpulan ini menimba pengalaman dengan menjelajahi seluruh Malaysia, Singapore serta Indonesia dan telah memberikan persembahan di pelbagai konsert, festival dan band jemputan untuk artis antarabangsa seperti “We Are The In Crowd”, ”The Used”, “The Devil Wears Prada”, “Taking Back Sunday”, Yuna dan ramai lagi. Dalam sekitar tahun 2013, mereka mendapat tawaran untuk menyertai rancangan reality TV popular “Versus” musim kedua.

Program ini merupakan pertandingan di mana band diberikan kebebasan untuk menonjolkan kereativiti dan kehebatan memberi persembahan secara langsung. Untuk memantapkan lagi persembahan, Oh Chentaku telah menambahkan dua lagi pemuzik iaitu Jack dan Wawa. Walaupun mereka tidak menjuarai pertandingan ini, tetapi dalam masa 10 minggu siaran, mereka telah berjaya menambat hati penonton dan penggemar muzik tanahair sebagai band indie kesayangan.

Perhatian ini telah memberi impak yang cukup besar untuk mereka terus meneroka muzik arus perdana. Pada tahun 2014 mereka telah meluaskan kuasa mereka menerusi persembahan pentas yang bersemangat sehingga menjadi artis utama untuk acara penutup festival “Rock The World” di penghujung tahun dan juga siri jelajah YOUNGHEARTS Album Tour, OCK Borneo Takeover Tour 2015, “Kembara Kenchana” Jelajah Akustik 2015. Di setiap lokasi mereka menghiburkan peminat dengan persembahan 60-90 minit yang telah memberi mereka peluang untuk mendekatkan lagi diri mereka kepada peminat-peminat yang sedia ada dan juga memikat hati peminat baru.

Keunikan setiap album mereka adalah dari penggubahan lagu yang pelbagai, penulisan lirik dwi bahasa (Melayu dan Inggeris) dan juga pernah berkolaborasi dengan artis tanahair di dalam album Oh Chentaku seperti Yuna, Yas Matthews dan sentuhan puitis, rap Melayu, Altimet. Secara tidak langsung telah membesarkan lagi empayar pendengar muzik Oh Chentaku. Antara lagu lain yang di tonjolkan dalam album mereka ialah “Semangat Satria” yang dipilih menjadi OST siri animasi SATRIA, The 7 Warriors telah memberikan penghormatan kepada Oh Chentaku untuk membuat pelancaran secara rasmi di Festival MIPCOM di Palais Des Festival Cannes, Perancis pada tahun 2014.

Berikutan popularity mereka yang terus meningkat, OCK telah dipelawa untuk menjadi artis utama beberapa konsert and festival ternama termasuk Rock The World 2015/2016, Northern Music Festival 2016, Weekend At The Park 2016, Lovelifest 2017, Rockaway 2017, Art Of Speed 2017 dan Rocktoberfest 2017 (Borneo).

Sila layari platform media sosial Facebook, Twitter dan Instagram Oh Chentaku bagi mendapatkan berita terkini perjalanan seni mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SKUAD CHENTA Cabar Nana Mahazan & Angah Raja Lawak Sebagai Ejen Erat Kekeluargaan

Fazura Bergandingan Dengan Pelakon Timur Tengah Amir Rezazadeh dalam JANJI ZEHAN