in , ,

Netflix Terbitkan Foto Latar Belakang Bertemakan ‘Squid Game’ Untuk Mesyuarat Online

Gelombang populariti siri televisyen Korea Selatan di Netflix, ‘Squid Game’ masih lagi belum surut. Rentetan itu, Netflix baru-baru ini telah menerbitkan 11 imej latar belakang berkualiti tinggi bertemakan ‘Squid Game’. Baru ada mood nak buat bermesyuarat, tak gitu?

Imej latar belakang ini amat sesuai untuk anda gunakan semasa berada dalam mesyuarat secara dalam talian seperti Google Meet, Zoom, Microsoft Teams dan sebagainya.

Selain dari tujuan berkenaan, imej ini juga boleh digunakan sebagai imej latar belakang komputer atau telefon pintar.

Netflix Terbitkan Foto Latar Belakang Bertemakan ‘Squid Game’ Untuk Mesyuarat Online

Kesemua imej berkenaan memaparkan lokasi-lokasi dari pelbagai babak siri popular tersebut. Kebanyakan imej tersebut kelihatan hampir simetri dan tiada kelibat pelakon di dalamnya. Justeru, menjadikan ia amat sesuai digunakan sebagai imej latar belakang mesyuarat dalam talian.

Kebanyakan aplikasi mesyuarat dalam talian seperti Zoom dan Google Meet membenarkan anda mengubah imej latar belakang. Anda boleh mendapatkannya menerusi tetapan aplikasi yang digunakan.

Misalnya, untuk Zoom, anda boleh pergi ke ‘Settings’ dan kemudian ke ‘Background & Filters’. Bagi Google Meet pula, anda boleh mengaksesnya melalui ‘More Options’ (butang tiga titik bertindih sebelah butang ‘Leave Call’), pergi ke ‘Apply visual effects’.

Netflix Terbitkan Foto Latar Belakang Bertemakan ‘Squid Game’ Untuk Mesyuarat Online
Netflix Terbitkan Foto Latar Belakang Bertemakan ‘Squid Game’ Untuk Mesyuarat Online
Netflix Terbitkan Foto Latar Belakang Bertemakan ‘Squid Game’ Untuk Mesyuarat Online
Netflix Terbitkan Foto Latar Belakang Bertemakan ‘Squid Game’ Untuk Mesyuarat Online
Netflix Terbitkan Foto Latar Belakang Bertemakan ‘Squid Game’ Untuk Mesyuarat Online
Netflix Terbitkan Foto Latar Belakang Bertemakan ‘Squid Game’ Untuk Mesyuarat Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google Kini Menjadikan Log Masuk Lebih Selamat & Mudah

Transformasi Digital Bagi PKS Malaysia