in ,

Mitchell Naiki Podium di Austria

Masih segar dengan gelaran rookie bulan lalu, pelumba kereta negara, Mitchell Cheah meneruskan rentak yang lebih cemerlang dalam saingan ADACTCR Germany Touring Car Championship yang berlangsung di litar Red Bull Ring, Austria minggu lepas.

Kali ini, kejayaan lebih manis buat pelumba itu setelah berjaya menghabiskan perlumbaan pertama dengan berada di kedudukan kedua sekaligus merupakan podium sulungnya dalam saingan ini.

Mitchell yang sebelum ini pernah merangkul gelaran rookie semasa saingan di Republik Czech menjadikan litar di Spielberg untuk membuktikan kewibawaan sebenarnya apabila berjaya menamatkan perlumbaan pertama di tempat kedua dengan catatan masa 32:55.853 pada Sabtu serta turut merangkul rookie keduanya musim ini.

Mitchell Naiki Podium di Austria

Berada di hadapannya yang juga juara dalam perlumbaan pertama adalah Harald Proczyk yang memandu Hyundai dari pasukan HP Racing International dengan catatan 32:54.097 manakala di kedudukan ketiga adalah pemandu jentera Audi dari MLS Racing, Antti Buri mencatatkan 32:56.175.

Bercakap mengenai perlumbaan di Austria itu, Michell, 21, berkata ianya akan menjadi batu loncatan buatnya untuk meraih lebih banyak kejayaan pada perlumbaan seterusnya.

Mitchell Naiki Podium di Austria

Mitchell yang juga merupakan produk pembangunan bakat Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkata,

“Saya begitu teruja kerana berjaya berada di kedudukan kedua sekaligus dapat mendaki podium buat kali pertama dalam saingan ini. Satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata namun saya akan terus melakukan yang terbaik untuk cuba menjadi juara selepas ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.”

“Di Austria kali ini, saya berjaya menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan kedua namun dalam dalam perlumbaan kedua saya gagal mengulangi pencapaian sama.

Saya bermula dengan baik dalam perlumbaan kedua, saya bermula di kedudukan ke-7 dan berjaya berada di kedudukan ke-3 sebelum kenderaan keselamatan keluar.

Selepas perlumbaan bersambung, saya di kedudukan kedua dan peluang untuk memenangi perlumbaan memang ada sehinggalah pegawai perlumbaan membuat keputusan di mana saya perlu pandu lalu penalti.

Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan saya perlu menerimanya walaupun sukar,”

“Apapun, sudah tentu kejayaan menaiki podium akan menjadi satu pemangkin semangat buat saya untuk meneruskan kecemerlangan serta aksi yang lebih konsisten dalam baki perlumbaan akan datang,”

– Mitchell

Mitchell yang memandu jentera jenis Volkswagen dari VW Team Oettinger.

Mentornya, Alex Yoong dari Axle Motorsport pula berkata,

“Mitchell memandu dengan sangat baik. Dia mempunyai kelajuan untuk memenangi perlumbaan kedua namun kurang bernasib baik kerana dikenakan penalti.

Kita begitu bangga dengan pencapaian yang diraihnya kerana dia mampu bersaing dengan pelumba-pelumba handalan serta memiliki lebih pengalaman daripada dirinya,”

– Alex Yoong

ADAC TCR Jerman adalah perlumbaan kereta jenis touring di mana dua perlumbaan berlangsung pada setiap saingan.

Selepas tamat saingan ketiga di Austria, baki empat lagi saingan selepas ini akan berlangsung di Belanda dan akan kembali ke Jerman (untuk tiga saingan terakhir).

Mitchell Naiki Podium di Austria

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menonton Filem Disney•Pixar’s Toy Story 4

How to Win Tickets to GFRIEND’s Concert in Singapore