in

MANIA Minggu Pertama Sabtu Ini

Bersediakah anda untuk melihat satu lagi fenomena dan menjadi sebahagian dari sejarah yang bakal menyaksikan pertembungan bintang-bintang paling hebat seperti Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Kumpulan Estranged, Adira AF8, Kumpulan Kristal dan Awi Rafael bergabung dan berentap di satu pentas yang sama berpaksikan sifu-sifu hebat dalam bidang muzik seperti M.Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani?

Jangan lupa untuk menonton SIARAN LANGSUNG – MANIA (minggu 1) pada 17 Mac 2012 | Sabtu | 8.00 malam |Studio 1, Astro

Mania Promo

Program yang akan diacarakan oleh Aznil Hj Nawawi sebagai hos utama itu, akan turut diwarnai tiga komposer hebat dari Malaysia dan Indonesia iaitu Datuk M Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani yang bertindak sebagai pendidik dan produser kepada peserta Mania.

Dalam pada itu, keunikan program ini dilihat mampu memberikan impak berbeza dengan mewujudkan tiga kerusi istimewa yang diberi nama Hot Seat. Platform yang diwujudkan secara undian online ini adalah untuk memberi peluang penyanyi lain yang agak kurang menyerlah dalam industri muzik tempatan untuk menjadi peserta.

Dalam posisi ini, 20 nama penyanyi tempatan yang disenaraikan kebanyakannya adalah bintang program Akademi Fantasia dan Mentor. Tiga penyanyi yang mendapat undian tertinggi dari Hot Seat akan diberi peluang untuk bersama 12 peserta yang lain untuk menerima tugasan yang disediakan dalam program Mania.

Undian boleh dibuat dengan mengunjungi laman rasmi Mania iaitu www.mania.com.my . Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memberikan sokongan kepada penyanyi pilihan anda untuk sama-sama merebut gelaran Superstar Malaysia.

Sementara itu, program yang menggunakan penjurian 100% dari undian SMS itu menawarkan hadiah lumayan kepada juara iaitu wang tunai sebanyak RM 500,000.

Manakala naib johan pula bakal menerima RM200,00 dan tempat ketiga meraih wang tunai RM100,000

Senarai peserta Hot Seat Mania

1. Idayu

2. Akma

3. Noni

4. Ebi Kornelis

5. Shawal

6. Riz

7. Toi

8. Nadia

9. Aishah

10. Aril

11. Daus

12. Maulana

13. Azri

14. Kay

15. Lena

16. Erul

17. Fina

18. Chaq

19. Fiq

20. Mohd

Mania bakal disiarkan setiap Sabtu ini jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Persembahan Pengenalan Mentor Musim Ke-6

Cromok Reunion Live in KL 2012