in , ,

Babah Nadeen, Balau, Aretoy & Kiki Bergabung Hasilkan Lagu Beghaok Raya

Beghaok Raya terhasil daripada gabungan empat individu Babah Nadeen, Balau, Aretoy & Kiki yang berasal dari negeri Melaka. Mereka terjumpa secara tidak sengaja dia laman aplikasi TikTok. 

xr:d:DAFJJ_8nIMo:3024,j:6572301662022148225,t:24040510

Bermulanya perkenalan di TikTok dan juga mempunyai chemistry yang sangat kuat maka terjalin persahabatan di antara mereka berempat dimana mereka menamakan kumpulan mereka dengan nama “Team BEGHAOK”. 

Mengikut loghat Melaka, terma beghaok bermaksud membuat bising ataupun huru-hara. Perkara atau suasana berikut sering tercetus apabila hadirnya “Team Beghaok”.

Beghaok Raya_Cover

Lagu raya Team Beghaok tahun 2024 ini bertajuk “Beghaok Raya” menceritakan tentang akan suasana yang penuh keserabutan terutama apabila hari raya bakal menjelma dan mereka sedang mengalami kesempitan dari segi kewangan untuk menyambut perayaan Aidilfitri. 

Lagu raya ini juga menerapkan nilai murni serta mengingatkan pendengar untuk menyambut hari raya dengan sederhana sahaja walaupun ianya sudah menjadi tradisi untuk hari raya Aidilfitri disambut dengan segalanya serba baru. 

Lagu Berghaok Raya ini telah dimuatnaik di platform YouTube dan boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube RAQSHA FAMILY. 

Selain itu, lagu ini juga boleh dimainkan dan dengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music.  

Lirik Lagu Beghaok Raya

BEGHAOK RAYA (Babah Nadeen, Aretoy, Balau, Kiki)

Lagu & Lirik: Raqib Majid

Solo intro

verse

selesai sudah kita berpuasa

menahan lapar juga dahaga

tibalah masa pulang ke desa

bersama teman sanak saudara

bridge

berdenyut duit takda

gaji lambat apakan daya

nak pinjam dengan siapa

kawan2 pun termenung juga

solo 

pre c/o

janganlah kau nak duduk saja

pegilah cari keja sana

keje ape? apa saja?

asal boleh buat duit raya

c/o

Raya jangan sakan sederhana saja

Nikmati bersama sanak dan saudara

Kalau poket kosong jangan lah merana

minta mak tambang buat kerja

Solo intro

naik bridge smpi habis

Producer : Raqib Majid

Music arranger : Syahir Miswan/ Naim Mazlan/Aslann Mazlan

Guitar : Aslann Mazlan

Vocal Director: Fadh Majid

Video: RioFilms

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ernie Zakri Meriahkan Aidilfitri Kali INi Dengan HAHAHAHA Hari Raya

Gandingan Ryan Lian, Rey Chew dan Kelvin Hao Feng dalam Joget Hari Raya