in ,

Lirik Hanya Di Mercu – Lagu Ayu OIAM2

Tahniah untuk Ayu, juara OIAM yang telah memenangi wang sejuta. Juga, Budiey ingin ucapkan sekalung tahniah juga buat pencipta lagu Lagu Hanya Di Mercu, Aubrey Suwito dan penulis lirik lagu balada ini, Habsah Hassan kerana telah mengangkat nama Ayu sebagai bintang. Lagu ini akan mulai diperdengarkan kepada pendengar di radio Hot FM dan Fly FM pada hari ini.

Ayu Oiam 2

Ulasan Lagu Hanya Di Mercu
Bagi Budiey, lagu yang bakal merubah nasib Ayu ini mempunyai mesej yang sangat positif tentang kehidupan keseluruhan aspek manusia. Berbicara tentang cita-cita, impian dan harapan, lagu ini mempunyai nilai komersial selain dari komposisi susunan muzik yang sangat dramatik. Suara gemersik Ayu juga sesuai dengan irama lagu ini. Dalam lirik lagu ini, kita dapati Habsah Hassan mahu memberikan kelainan dalam menerapkan semangat mahu mencuba, tidak menanti hari esok untuk membuat perubahan dan melakukan keputusan yang muktamad.

Bukan senang untuk menggapai cita-cita yang diidamkan, kalau bukan kerana usaha dan sanggup melalui cabaran. Lagu ini seakan menyindir Budiey yang kini telah melakukan keputusan drastik untuk menjadi full time blogger. Segalanya berbicara tentang minat dan kecenderungan. Untuk apa paksakan diri lakukan apa yang kita tidak minat. Laluan hidup ini sebenarnya berada di tangan kita dan segalanya adalah digerakkan dari pilihan kita. Ya, hidup adalah satu pilihan. Jadi mengapa berikan peluang kepada orang lain untuk rules kehidupan kita. Its all in our hand. Wah! bermotivasi di pagi Sabtu gituh!

Akhir sekali, hayati bait ‘Mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkap… seandainya kubiarkan cecita di hati tersimpan… terpendam…” sebenarnya merungkaikan bahawa untuk berjaya dalam hidup kita terpaksa menghadapi halangan. Dan halangan itu akan mematangkan diri kita untuk memulakan kehidupan yang lebih bermakna.

Budiey: Ini pertama kali Budiey menjumpai perkataan ‘cecita’ yang sebenarnya ringkasan dari cita-cita?

Lirik Lagu Hanya Di Mercu
Lagu: Aubrey Suwito
Lirik: Habsah Hassan

Mimpi dan harapan
Cecita yang tinggi menjulang
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

korus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkam
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Bridge:
Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

[tags]lirik lagu ayu, lirik hanya dimercu, download mp3, torrent, gossip shila, ayu juara oiam2, gambar ayu oiam2, oiam, one in a million video, poster album, lirik pasti berbeza siti sarah, lirik memori tercipta shila[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Penyampaian Hadiah Peraduan Asian Auto – Kayangan

Ayu Buat Gigi Baru, Album Baru Dengan Duit Sejuta?