in ,

Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Penyanyi kelahiran Australia yang popular menerusi lagu Travel Is A Friend dan The Show, Lenka bakal menghiburkan peminat di Malaysia malam ini.

Tahun 2023 diteruskan lagi dengan pertunjukan seni serta konsert bagi memenuhi kehendak peminat muzik. Salah satu penganjur yang aktif membawakan acara hiburan terutamanya dari luar negara, adalah Push Play. 

Berpengetahuan dalam membaca pasaran dan kehendak peminat tempatan dengan bangganya membawa seorang penyanyi dan pemuzik wanita terkenal beberapa tahun lalu, Lenka.

Lenka, 44, dijadualkan untuk membuat persembahan di Malaysia pada 1 Mei 2023 di lokasi acara muzik yang paling popularZepp KL bermula jam 8.30 malam 

Konsert yang berlangsung di lokasi muzik popular Zepp, Kuala Lumpur dijangka akan menghiburkan lebih 2,000 peminat dengan barisan lagu-lagi hitnya sekitar tahun 1994 sehingga 2020.

Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Menurut wakil penganjur konsert, Nika dari Push Play, konsert ini dianjurkan bagi memenuhi permintaan peminat yang tidak pernah berhenti menyokong penyanyi berbakat itu.

Lenka Janji Kasi Persembahan Bertenaga

“Kenapa kami memilih Lenka sebagai artis antarabangsa terbaru dari organisasi kami untuk membuat konsert, kerana kami percaya penyanyi ini masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam kumpulan peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjanya.
“Jadi untuk tidak mengecewakan peminat dan setelah beberapa proses yang dilalui sehingga dia dengan gembira ingin menghiburkan peminatnya di rantau Asia terutamanya di Malaysia,”

– Lenka
Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Penganjuran konsert Lenka yang dianjurkan oleh Push Play pada 1 Mei 2023 adalah untuk memenuhi permintaan peminat.

“Kenapa Push Play berani dan memilih Lenka sebagai artis antarabangsa terbaru dari organisasi kami untuk membuat konsert? Kerana kami percaya penyanyi ini masih mempunyai pengaruh yang kuat dan kumpulan peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjayanya”

Jadi untuk tidak mengecewakan peminatdan setelah beberapa proses sehingga Lenka dengan gembira ingin menghiburkan peminatnya di rantau Asia, terutamanya di Malaysia, konsert penyanyi ini akan diadakan seperti yang dijanjikan” kata Nika dari Push Play 

Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Bagi peminat menyebut nama Lenka seperti menikmati muzik dan lagu-lagu catchy yang hit seperti Trouble Is A Friend. 

Bukan sahaja lagu itu yang berjaya menaikkan nama penyanyi dari Australia itu, tetapi lagu berjudul The Show juga meraih kejayaan sendiri apabila dipilih oleh banyak penerbitterutamanya pengiklan, untuk menyertakan single tersebut sebagai lagu runut mereka.

Jika dua hit yang menjadi fenomena itu akan membawa nostalgia lama bagi peminatnya, Lenka juga tentunya mampu menarik peminat dalam kalangan generasi baharu melalui lagu-lagu yang terdapat dalam EP Discover, yang dilancarkan pada 2020.

Melalui Discover Lenka menyapa peminatnya melalui lagu-lagu seperti What Goes Up dan On My Side.

“Melalui konsert ini peminat juga akan menikmati pertembungan karya-karya baharu dan lama Lenka yang pastinya mempunyai semangat tersendiriKami berharap peminat akan terhibur dan berpuas hati dengan konsert ini nanti,” kata Nika lagi

Tiket Konsert Lenka dijual dalam beberapa kategori, iaitu RM189 untuk Standing Zone (Blinded by Love), RM239 untuk Upper Seated Zone (Don’t Let Me Fall), dan RM3,800 untuk VIP Box (The Show)

Semua pembelian tiket boleh dibuat melalui www.myticket.asia

Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

MENGENAI LENKA 

Lenka telah mengeluarkan lima album sejak kemunculannya pada tahun 1994, dengan dua EP terbaharunya, iaitu Recover dan Discover, dikeluarkan pada tahun 2020. Wanita inl yang juga ibu kepada dua cahaya mata sangat terkenal melalui lagu-lagu seperti All My Bells Are Ringing, We Will Not Grow Old dan Everything at Once. 

Dia juga terlibat dalam beberapa penghasilan skrip, termasuklah Murder Call dan Home & Away, dan kali terakhir terlibat dalam The Alice pada tahun 2005. 

Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Jika anda penggemar Lenka, jangan lepaskan peluang untuk menikmati persembahan dan muzik penyanyi wanita berbakat ini. Jangan lupa janji temu anda pada 1 Mei 2023, di Zepp KL.

Menari dan berseronoklah bersama Lenka, penyanyi wanita yang selalu membawa makna keindahan dalam muziknya.

Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

INFORMASI

LENKA LIVE IN KUALA LUMPUR Tarikh: 1 Mei 2023

Tempat: Zepp KL Harga tiket: RM189 (Zon Berdiri), RM239 (Zon Duduk), RM3,800 (Kotak VIP)

Laman web: www.myticket.asia

Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NADIRAH

Pameran Solo Terbesar Nadirah Zakariya di Temu House Art Space Petaling Jaya

dimash kudaibergen

Peluang Jadi Opening Guest di Konsert Dimash Qudaibergen di Malaysia