in

Konsert John Ford Coley Timeless in Malaysia

KONSERT “JOHN FORD COLEY TIMELESS IN MALAYSIA” BAKAL BERLANGSUNG 30th SEPTEMBER 2010

Jojo Events Sdn. Bhd. dengan bangganya membawakan seorang legenda muzik klasik sejati yang cukup di kenali pada tahun 80-an iaitu John Ford Coley di dalam konsert istimewa beliau yang akan diadakan pada 30 September 2010 di Concorde Hotel, Kuala Lumpur.

John Ford Coley; seorang penyanyi yang cukup berbakat besar, pemuzik terkemuka, pemain piano klasik yang cukup profesional, pemain gitar, pelakon dan juga seorang penulis yang berasal dari Dallas, Texas. John cukup di kenali ketika dia menubuhkan kumpulan duo “England Dan & John Ford Coley” dimana kolaborasi mereka mendapat pencolonan anugerah Grammy pada ketika itu.

Jojo

Selain daripada itu, mereka juga berjaya menghasilkan 8 buah album bersama dan ada di antara album tersebut yang melayakkan mereka mendapat anugerah triple platinum dan juga anugerah emas. Mereka cukup di kenali dengan lagu-lagu hits seperti “I’d Really Love to See You Tonight”, “Just Tell Me You Love Me”, “Love is the Answer”, “Nights Are Forever Without You”, “We’ll Never Have to Say Goodbye Again”, “Sad To Belong”, “ What Can I Do With This Broken Heart”, “Gone Too Far” dan banyak lagi.

Antara penghibur terkemuka dunia yang pernah bekerjasama dan membuat persembahan dengan John Ford Coley adalah Elton John, Bill Cosby, Led Zeppelin, Air Supply, Steve Miller Band, Loggins and Messina, Heart, Bread, Carly Simon, Chicago dan juga Carole King.

Ini merupakan konsert kedua John di Malaysia. Ketika membuat persembahan pertama beliau di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada tahun 2008, beliau telah berjanji untuk kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan yang lebih besar dan menarik.

“Showcase yang dijalankan di Hard Rock Café pada tahun 2008 berlangsung dengan jayanya dan merupakan satu persembahan yang sukar dilupakan. Sudah dua tahun berlalu dan para peminat beliau tidak sabar untuk melihat John kembali membuat persembahan di Malaysia”, kata Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir, Pengarah Jojo Events Sdn. Bhd. pada sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini.

“Sebagai salah satu ikon klasik-rock paling terkenal di dunia, John akan membuat persembahan selama 90 minit dimana beliau akan menyanyikan kesemua barisan lagu-lagu hits beliau. Ia pasti menjadi sebuah konsert yang menarik dan menghiburkan!”, tambah beliau.

Konsert yang akan berlangsung di Concorde Hotel, Kuala Lumpur ini akan menampilkan Dato ‘Khatijah Ibrahim sebagai pembuka persembahan. Tiket berharga RM80 (Tier 1) dan RM50 (Tier 2) boleh dibeli melalui www.ticketpro.com.my

Bersempena bulan Syawal yang mulia ini, Jojo Events Sdn. Bhd. telah melantik Rumah Sinar Salam sebagai penerima amal dari konsert ini. RM5, 000 daripada jualan tiket akan disalurkan kepada Rumah Sinar Salam sebagai inisiatif untuk membantu orang yang kurang beruntung dan masyarakat di kawasan Chow Kit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Amy Search Berbaju Melayu di Aidilfitri

Serikan Wajah dengan Beautee Face Ampoule Series