in , ,

Konsert BERONA DAY Rizky Febian Pada 3 November di Megastar Arena

Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian teruja dapat kembali mengadakan konsert buat kali kedua pada 3 November depan.

Rizky Febian mendedahkan kepada media beberapa kejutan akan dilakukan di konsert yang bakal berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

“Ini merupakan konsert saya yang kedua di negara ini selepas pada Julai lalu terbabit sebagai penyanyi undangan untuk konsert Rossa.
“Sebelum ini, tiket konsert pertama saya di Zepp Kuala Lumpur habis dijual dalam masa sehari, jadi kali ini diadakan di lokasi lebih besar di Megastar Arena dengan kapasiti 5,000 penonton,”

– Rizky Febian
Konsert BERONA DAY Rizky Febian Pada 3 November di Megastar Arena

Rizky berkata demikian semasa hadir di sidang media konsert An Album Live Concert Berona Day di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Penyanyi berusia 25 tahun itu memaklumkan persembahan berdurasi lebih dua jam berkenaan merupakan konsert untuk mempromosikan albumnya yang berjudul Berona.

Konsert BERONA DAY Rizky Febian Pada 3 November di Megastar Arena

“Saya baru sahaja melancarkan album kedua berjudul Berona pada 21 Julai lalu. Album ini mengandungi 10 lagu baharu hasil kolaborasi tiga pemuzik Indonesia iaitu Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi.
“Tujuan utama konsert ini diadakan untuk memperkenalkan, mempromosikan dan bertemu dengan para peminat di Malaysia,”

– Rizky Febian

Tiket konsert anjuran Hitman Solutions ini mula dijual pada harga bermula RM179 (Romansa – Free Standing), RM199 (Terpesona – Normal Seating) dan RM399 (Super Rizfelous – VIP Standing) menerusi www.hitmanlive.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Wanita Kantoi Bercium Dengan Aktor BBNU di Malam Merdeka

DOLLA

Dolla Viral Menari di Bukit Bintang Sempena Video Muzik Single DAMELO