in , ,

Kisah Dunia Forensik Partners For Justice Dalam Slot Saranghaeyo On 2 

Pernah tak anda membayangkan kerjaya sebagai seorang ahli forensik terutama dalam menyelesaikan kes-kes jenayah? Termasuklah yang melibatkan kes pembunuhan, pengecaman mayat dan sebagainya?

Lari sedikit daripada mengakat latar kisah cinta, RTM menerusi slot Saranghaeyo di TV2 menyiarkan drama siri bertajuk “Partners For Justice” yang menggabungkan adegan penyiasatan jenayah dengan elemen perubatan, memberikan pencerahan yang lebih dalam tentang proses menyelesaikan kes. Persembahan yang teliti dalam urutan-urutan forensik dan pemahaman tentang undang-undang memberi dimensi tambahan kepada jalan ceritanya. 

Hadir dengan plot cerita yang penuh teka teki, drama mulai bersiaran sejak 30 Ogos lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 8.00 malam ini berkisar tentang kerjasama seorang doktor forensik yang mementingkan kesempurnaan dan seorang peguam yang berusaha untuk menyelesaikan pelbagai kes. 

poster Partners for Justice di TV2

Bertugas sebagai dokter forensik yang terbiasa menangangi berbagai macam bentuk mayat membuat sifat Baek Boem berubah menjadi dingin. Sementara Eun Sol, adalah anak perempuan seorang pengacara terkenal namun kerap dianggap sebelah mata oleh ayahnya sendiri. Dia kemudian berusaha membuktikan diri dengan menjadi pendakwaraya berbanding mengikuti jejak ayahnya sebagai pengacara.

Pelbagai kes dihadapi mereka yang disangkakan dari mata kasar kes bunuh diri, penipuan insuran, kemalangan dan lain-lain. Namun setelah disiasat dengan terperinci sebenarnya ia adalah kes pembunuhan atau homoside.

watak pendakwaraya Eun Sol

Seorang yang partikular, teliti, dan mementingkan kesempurnaan, Dr Baek tidak suka membuat kesimpulan awal tanpa mendapat semua fakta berdasarkan bukti kukuh yang diterima. Sekecil-kecil perkara seperti bau minyak, ulat dan bentuk luka yang tidak dapat dijawab soalan akan ditelitinya sehingga mendapat jawapan. Inilah yang selalunya menukar arah penyiasatan yang membawa mereka kepada kebenaran.

Ketahui apakah kes yang cuba diselesaikan mereka? Adakah sedikit usaha keras mereka berjaya membuahkan hasil? Ikuti kesudahan drama bersiri lakonan Jung Jae Young, Jung Yoo Mi, Oh Man Suk, dan Noh Min Woo ini di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Perangai Tu Elok Sikit Cb” – Ben Amir Tiba-Tiba Mengamuk?

ND LALA

Lafaz Cerai ND Lala di WhatsApp Pada 2 Ogos Lalu Adalah Sah