in , , ,

“Kereta Masih Ada, Dakwaan Kereta Itu Ditarik Tidak Benar,” – Nor Hidayah

Balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini, hari ini.

Balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini, hari ini. Pembahagian faraid itu merangkumi rumah, kereta, wang tunai dan barang peribadi peninggalan Allahyarham suaminya.

Nor Hidayah Abam

“Alhamdulillah, urusan faraid dapat diselesaikan. Saya sangat berpuas hati dengan keputusannya. Pihak sebelah sana juga akan mendapat bahagian mereka.

“Antara harta yang difaraidkan adalah rumah, kereta, wang tunai dan barangan peribadi arwah seperti jam tangan, kamera dan telefon.

“Walaupun pihak di sebelah sana tidak hadir, namun, ia tidak mengganggu proses mahkamah kerana semua bahagian (faraid) sudah ditetapkan,” katanya

– Nor Hidayah
Nor Hidayah Abam

Hidayah bercakap kepada pemberita sebaik selesai prosiding tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini.

Prosiding itu dikendalikan secara tertutup.

Mengulas ketidakhadiran ibu mentua, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah berhubung kes tuntutan hak penjagaan anak, Nor Hidayah berkata, mahkamah menetapkan Oktober depan sebagai tarikh baharu.

Nor Hidayah Abam

“Saya harap pihak di sana dapat hadir ke mahkamah Oktober nanti,” katanya.

– Nor Hidayah

Mengenai wang RM10,000 yang dikeluarkan daripada akaun arwah suami seperti didakwa bekas adik ipar, pelawak Ali Puteh, Nor Hidayah mengaku melakukannya.

Namun, Nor Hidayah menafikan menggunakan wang itu untuk kegunaan peribadi.

“Saya ada mengambil wang RM10,000 tetapi saya masukkan ke dalam akaun anak saya. Saya tidak gunakan sesen pun,”

– Nor Hidayah

Mengulas spekulasi konon kereta mewah peninggalan Abam ditarik, Nor Hidayah menafikannya.

Nor Hidayah Abam

“Kereta masih ada… Dakwaan yang mengatakan kereta itu ditarik tidak benar. Tetapi, saya tidak mahu komen lebih-lebih,” katanya.

– Nor Hidayah

Sebelum ini, Nor Hidayah bersama dua peguam mengadakan sidang media tergempar di sini, bagi menjelaskan dakwaan dia membuat tuntutan saman terhadap bekas ibu mentuanya itu.

Peguam Mohamed Ibrahim Mohamad menjelaskan, pihaknya menafikan dakwaan itu dan menegaskan Sabariah yang memfailkan saman terhadap Nor Hidayah, Julai lalu.

Sebelum ini, menerusi siaran langsung di Facebook (FB) sebuah portal berita, Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Nor Hidayah kepada ibunya.

Menjelaskan mengenai surat saman yang dinyatakan Ali Puteh, peguam syariah Fadhlina Siddiq menjelaskan, nama Sabariah turut tersenarai dalam tuntutan berkenaan sebagai pengesahan waris.

*Sumber: BH Online

What do you think?

50 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Winners of VAP 4 Arts Competition by MyCreative Ventures

12 Fakta Mengenai Suami Mira Filzah, Wan Emir Astar