in , ,

12 Fakta Mengenai Suami Mira Filzah, Wan Emir Astar

1) Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki.

2) Emir bekerja sebagai seorang arkitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Boleh check Instagram beliau Wanemirastar.

3) Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.Mastura bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016 bagi Parlimen Kuala Kangsar mengambil tempat suaminya Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar.

4) Emir mempunyai tiga orang adik lelaki. Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar iaitu bapa kepada Emir meninggI dnia pada2016.

5) Arwah bapa Emir iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggI dunia dalam n4has helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 dan mendapat liputan yang meluas.

6) Emir juga mengikut jejak langkah ibu bapanya dengan bergiat aktif dalam bidang politik dengan membantu ibunya berkempen.

7) Mula cuba mendekati Mira Filzah dengan menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram berkongsi mesej kerohanian tetapi tidak layan.

8) Tidak berputus asa, Emir menghantar pula DM kepada ibu Mira dan kebetulan ibu Mira memang mengenali arwah bapa Emir, jadi mereka saling berkomunikasi.

9) Emir akhirnya mendapat peluang apabila ibu Mira merestui, malah meminta Mira untuk berjumpa Emir untuk berkenalan. Bermula dari situ hati Mira terbuka menerima Emir.

10) Berkerjaya sebagai arkitek, Emir merupakan antara pengarah di sebuah firma seni W5 Architects yang juga diasaskan oleh arwh bapanya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar.

11) Adiknya Wan Imar Izzat pernah dilamar KRU Music sekitar 2016 dan muncul dengan single berjudul Pinggiran Syurga. Wan Imar Izzat berkahwin dengan pengacara Shalma Ainaa.

12) Dengan sekali lafaz, Emir dan Mira akhirnya sah menjadi pasangan suami isteri pada 3 September 2020 di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kereta Masih Ada, Dakwaan Kereta Itu Ditarik Tidak Benar,” – Nor Hidayah

“Alhamdulillah, Syukur Sudah Selesai. Itulah Sebaiknya.” – Ali Puteh