in

Kemeja-T #AirAsiaMAKNA Kini Boleh Didapati Secara ONLINE

Rekaan khas kemeja-T #AirAsiaMAKNA kini boleh didapati secara ONLINE! Dapatkan rekaan khas kemeja-t juruterbang atau pramugari melalui laman web www.makna.com.my/airasiamakna sekarang!

Rekaan Khas kemeja-T yang memaparkan ikonik juruterbang AirAsia dan pakaian pramugari kini boleh didapati secara online melalui laman web Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Kempen #AirAsiaMAKNA ini merupakan salah satu tanggungjawap korporat sosial (CSR) bagi mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional dengan rekaan khas kemeja-t pada harga RM30 sehelai; membawa logo MAKNA dan slogan ‘A Meaning To Life’ di bahagian belakang kemeja-t tersebut; menyampaikan mesej positif kempen ini.

Masyarakat awam boleh membeli rekaan khas kemeja-t melalui www.makna.com.my/airasiamakna pada harga RM40 (termasuk RM10 bayaran pos) tanpa perlu mengunjungi pameran bergerak #AirAsiaMAKNA.

AirAsia juga menganjurkan peraduan foto bersempena dengan kempen ini. Semua yang membeli t-shirt eksklusif ini berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan ke destinasi-destinasi terpilih AirAsia & AirAsia X, hanya perlu muat naik foto kreatif mereka memakai t-shirt ini di Twitter atau Instagram dan hashtag #AirAsiaMAKNA. Pemenang akan di umumkan oleh AirAsia pada penghujung durasi kempen ini pada hujung bulan Ogos.

Masyarakat awam juga boleh melawat http://www.airasia.com/airasiamakna untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti terkini AirAsia ikuti mereka di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZALORA Lancar Fashion Fever Week

Siapakah Pelajar, Tenaga Pengajar & Hos AF 2015?