in

Yang Menarik di Karnival Geng Masjid Mega

Karnival Geng Masjid yang menghimpunkan selebriti dan penceramah telah menarik kehadiran pengunjung mengimarahkan Masjid sejak ia dilaksanakan selama setahun lepas. Seramai 50ribu orang yang hadir ketika berlangsungnya Karnival Geng Masjid dari siri pertama hingga ke lima.

Pada siri keenam ini, KGM event telah memilih tema MEGA bersempena menyambut ambang tahun baru 2017 di Masjid Bandar Seri Putra, Bangi. Selain itu, tema MEGA disebut juga kerana ia bakal menghimpunkan lebih 60 jemputan yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

Karnival Geng Masjid Mega

Himpunan Selebriti Dan Penceramah Sempena Karnival Geng Masjid Mega

Ia bertujuan menjadikan suasana Karnival lebih meriah dan masyarakat sekitar Selangor berpeluang dengan lebih dekat untuk mendengar ceramah santai, beramah mesra dengan selebriti juga membantu ekonomi peniaga muslim. Seterusnya, mampu mengangkat Institusi Masjid dengan sokongan orang ramai berjemaah solat 5 waktu dan menghidupkan rumah Allah dengan aktiviti yang dibenarkan oleh syariat.

Karnival Geng Masjid MEGA ini akan berlangsung selama 3 hari 3 malam bermula awal pagi 30 Disember ini hingga 1 Januari 2017 di Masjid Bandar Seri Putra Bangi.

Kelainan pengisian siri MEGA ini ialah dengan penambahan aktiviti untuk menarik lagi pengunjung dari pelbagai sudut. Contohnya klinik rukun qauli, perkongsian teknik dropship, lukisan khat dan mural dinding dan rakaman forum untuk siaran tv. Walaubagaimanapun penganjur masih mengekalkan aktiviti wajib sebelum ini seperti gerai jualan, forum dhuha, forum muslimat, superheroes, pertandingan mewarna, street soccer, konsert geng masjid, senamrobik, berkuda, memanah, soopa doopa, masterchef dan forum perdana malam kemuncak.

Program ini telah mendapat kerjasama baik dengan Lembaga Zakat Selangor, Pengurusan Masjid dan beberapa sumbangan dari hamba Allah untuk melancarkan lagi usaha dakwah zaman moden ini. Pihak penganjur juga masih mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin menjadi Penaja Utama bagi menghidupkan rumah Allah dan berkongsi pahala bersama pengunjung kelak.

Program kemuncak Karnival Geng Masjid MEGA ini ialah pada malam 31 Disember (Sabtu) melalui program santai Konsert Geng Masjid. Para Pengunjung akan dihiburkan oleh pengacara lawak terkenal iaitu Bell Ngasri dan Shuk SYJ sepanjang Forum bersama IM Hassan, IM Jabbar, IM Hafiz dan IM Nazrul. Pengunjung juga berpeluang mendengar nasyid dan lagu ketuhanan yang dipersembahkan oleh kumpulan Inteam, Fareast dan Mawi AF.

Antara jemputan selebriti dan penceramah lain yang terlibat ialah IM Aran, IM Faris, Ust Syed Kadir Al Joofre, PU Rahmat, Aiman Sabri, Kumpulan FINE, Priakustik, Ustazah Dr Nik Salida, Ust Wan Akasyah, Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah, Jihan Muse, Ungku Hariz, Chef Zubir, Heliza Helmi, Encik Mimpi, Mira Filzah, Ust Abdullah Al Baghdadi, Ashraf Muslim, Bro Termizi, PU Amin, Dai Luqman, IM Najdi, IM Azhar, IM Megat, IM Nasir, Ust Dato, Ismail Kamus, Ust Dato’ Hassan Mahmud Al Hafiz, Ust Shahrizan Daud At Turobi, Aizil Elias, Adly Mukhtar, Ust Rusydi Al Jauhari, Adam Corrie, IM Fakhrul, Ust Dato’ Izhar Ariff, Ust Abdullah Khairi, Hafiz Hamidun, Faiz Brothers, Farahanim Razak, Husna Mustaffa, Anita Baharom, Amar Bernama, Izzaty Syahira dan Fara Syazween.

KGM event adalah penganjur yang berniat bersama-sama Institusi Masjid untuk menaikkan kembali zaman kegemilangan Islam dimana ramai orang suka hadir ke masjid berjemaah dan melakukan pelbagai usaha dakwah yang lain. Semoga dengan adanya Karnival Geng Masjid Mega nanti bakal memberi satu gambaran yang baru kepada generasi muda.

Informasi lanjut boleh ke akaun Facebook dan Instagram kami: karnival geng masjid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Istimewanya Wangian Beetle & Petals dari Hatta Dolmat

Jessie Chung Lancar Album Terbaru Berjudul BE STRONG