in ,

Kai Hassan Kini Jadi Penyampai Radio & Muka Baru di Suria FM

Kai Hassan atau nama sebenar, Abdul Karim Hassan bakal memulakan tugas sebagai penyampai radio di Suria FM bermula 12 Disember 2023 (Selasa)

Kepada pembaca, nantikan ‘Muka Baru di Suria’ pada Selasa ini di mana beliau akan ke udara bersama barisan penyampai di segmen Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang, dan Suria Cinta. 

Kai Hassan Kini Jadi Penyampai Radio & Muka Baru di Suria FM

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin),

“Kemasukan Kai Hassan sebagai penyampai baru di Suria FM kami yakin akan membawa impak baru dan di peringkat awal ini, Kai akan diberikan pendedahan serta pengalaman untuk mengendalikan semua segmen utama di Suria FM, iaitu Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

Diharapkan dengan kemasukan Kai Hassan sebagai antara tunggak utama barisan penyampai Suria FM, akan membawa impak lebih baik dan positif dalam mengukuhkan lagi pasukan kami di tahun 2024.”

– Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin)

DJ Lin turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kai diatas kesudian beliau untuk bergabung dan menjadi sebahagian daripada keluarga Suria FM sekaligus mengharapkan perubahan ini mampu meningkatkan lagi kualiti stesen radio Suria. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alyah Tak Salahkan Siti Nordiana Nyanyian Mereka Dibandingkan

LEGOLAND® Malaysia Resort Perkenal 5 Keseronokan Percutian Yang Terbaik