in ,

Joox Siar NIDJI Love Fake & Friendship Live di Malaysia

JOOX, iaitu app penstriman muzik terkemuka Malaysia kembali menggegarkan Mei ini melalui JOOX LIVE, dengan menampilkan band rock Indonesia penuh sensasi, NIDJI, secara langsung di Malaysia!

JOOX LIVE berhasrat melonjakkan pengalaman muzik digital dengan membawa gegak getaran persembahan secara langsung kepada pengguna segenap pelosok negara sambil menawarkan suatu wadah sokongan kepada dunia muzik yang sedang rancak berkembang di rantau ini.

Setelah lima tahun peminat menantikan saat ini, NIDJI baru-baru ini menerbitkan album studio baru mereka berjudul, “Love, Fake & Friendship” dan bakal memukau penggemar konsert dengan himpunan lagu khas menawan ciptaan mereka.

Dengan hormatnya, JOOX ingin mengundang anda untuk mengikuti siaran langsung JOOX Live bersama NIDJI Love Fake & Friendship Live di Malaysia secara eksklusif hanya di aplikasi JOOX!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album SimetriSiti Laris di Pasaran Dapat Sambutan dari Peminat

Astro Lancar NJOI Now Untuk Perkhidmatan Penstriman Video Percuma