in ,

Album SimetriSiti Laris di Pasaran Dapat Sambutan dari Peminat

Terlebih dahulu, Budiey nak ucapkan tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya melancarkan album terbaru SimetriSiti. Saya minta maaf sebab tak dapat hadir di majlis pelancaran kerana terpaksa menjalankan tugas buat liputan di AIFFA 2017 di Kuching Sarawak.

Setelah dilancarkan dan berada di pasaran, nampaknya album SimetriSiti mendapat sambutan dari peminat Dato’ Siti Nurhaliza. Terbukti, sebanyak 300 album eksklusif yang dijual di LAZADA telah habis ditempah dalam tempoh yang sangat singkat.

Budiey dah dengar semua lagu dalam album SimetriSiti semalam dan Budiey boleh katakan semua lagu dalam album ini semua sedap didemgar. Tahniah, semua lagu layak ke AJL. Ehhh. Maaf, AIM sebenarnya. Haha.. tak sabar nak tengok persembahan Dato’ Siti di ABPBH pada hari Ahad ini di PICC Putrajaya.

Di sosial media juga, album ini dah pun trending dan jafi viral.

Budiey boleh katakan, Dato’ Siti Nurhaliza sangat bertuah kerana mempunyai ramai peminat yang tegar dan sanggup membantu melariskan album ini. Ya, ada peminat yang sanggup beli banyak-banyak dan jual kepada kawan-kawan yang sukar untuk mendapatkannya. Wah! Bagus betul korang. Budiey suka untuk memetik coretan dari Azwan Hashim, beliau seorang peminat setia Siti dan menjadi salah seorang model untuk kulit album SimetriSiti. Tahniah Wan!

Syukur Alhamdulillah,

Album #SimetriSiti DCT @ctdk laris di pasaran termasuklah di kedai online saya – #KedaiOnlineAzwanHashim 

.

Gelombang #SimetriSiti terus meluas diperkatakan oleh peminat setia DCT, SitiZoners.

Saya sendiri walaupun sudah membeli di Lazada (pre order), tetap mahu membelinya lagi! 

.

Begitulah semangatnya kami SitiZoners. Dengan membeli album ORIGINAL membuktikan kesetiaan dan sokongan hebat kami buat penyanyi kesayangan kami, Dato’ Siti Nurhaliza.

.

Saya sendiri sebagai peminat setia DCT, mengambil inisiatif untuk membantu kawan-kawan yang sukar mendapatkan #SimetriSiti di kedai dengan membelikan untuk mereka melalui medium kedai online saya. 

.

Saya memahami dan mengerti, bukan semua kawasan dan negeri dapat dipasarkan album dengan cepat. Hanya pembelian online sahaja sebagai alternatif buat peminat untuk mendapatkan segera.

.

Bersesuaian dengan konsep #SimetriSiti, lambang kasih sayang dan penghargaan. Saya bersemangat untuk membantu rakan-rakan SitiZoners yang lain agar dapat memiliki #SimetriSiti dengan mudah dan dapat menikmati rasa kasih sayang dan kerjasama sesama SitiZoners.

.

Hasil kerja keras dan kesungguhan DCT bersama pihak penerbitan album #SimetriSiti dalam memberikan produk terbaik dan berkualiti tinggi setanding album bertaraf antarabangsa wajar dihargai dan disokong sehebatnya.

.

Biar #SimetriSiti menjadi fenomema luar biasa. Biar #SimetriSiti disedari kelahirannya. Biar #SimetriSiti memberi nafas buat industri muzik Malaysia. Biar #SimetriSiti muncul sebagai album terbaik negara!!!!

.

Buat kalian yang sudah memiliki #SimetriSiti, sama-samalah kita berhibur dan menikmati kualiti #SimetriSiti dengan enaknya.

.

Bagi yang sudah memesan #SimetriSiti dengan saya, esok semua album yang sudah bertuan ini akan dipos segera. Nantikan ya! 

.

Buat yang masih belum memiliki #SimetriSiti lagi, segeralah ke kedai berhampiran kalian. Jika tak berkesempatan, saya sudi membantu kalian. Hubungilah saya segera. 

.

Syabas buat Kekandaku, Kak Iti , kz dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pembikinan #SimetriSiti ! Sejujurnya, #SimetriSiti memberi pengertian bermakna buat diri saya sendiri. Alhamdulillah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem WONDER WOMAN

Joox Siar NIDJI Love Fake & Friendship Live di Malaysia