in ,

Isteri Arwah Abam Dedah Dapat Nama Anak Ketika Tunai Umrah

Balu kepada allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, mendedahkan nama anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey dipilih oleh arwah sendiri.

Ketika dihubungi Gempak, Hidayah berkata arwah terdengar satu bisikan pada telinga dia menyebut nama Uthman Hamzah ketika berada di Madinah.

terdengar-satu-bisikan-pada-telinga-dia-berulang-kali-sebut-isteri-arw4h-abam-dedah-dapat-nama-anak-ketika-tunai-umrah_5ec7865a3994b-720x437

“Masa itu, saya dan arw4h pergi melawat di Bukit Uhud. Pada ketika itu, arw4h ada berkata yang dia ada terdengar satu bisikan pada telinga dia yang berulang kali sebut nama Uthman Hamzah. 

“Balik ke Malaysia selepas selesai urusan umrah, kami berbincang dan kami bersetuju untuk letak nama anak kami iaitu Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar,” katanya.

Dalam pada itu, Hidayah menyatakan dia sedang mengandungkan Hamzah ketika menunaikan ibadah umrah.

“Saya dan arwah pergi menunaikan umrah pada 8 Mac tahun lalu. Hamzah masih dalam kandungan saya dan usia kandungan ketika itu enam bulan,” katanya lagi.

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akib4t dem4m panas. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zarina Anjoulie Fail Saman Fitnah RM3Juta Terhadap Amyza Aznan

Berjaya Rentas Negeri, Ini Dakwaan Sebenar Kabel Siska Qirana