in ,

Berjaya Rentas Negeri, Ini Dakwaan Sebenar Kabel Siska Qirana

POLIS menafikan memberi layanan istimewa kepada seorang wanita untuk melakukan perjalanan rentas negeri dari Dungun, Terengganu ke Putrajaya seperti yang tular di media sosial.

Sebelum ini, wanita yang menggunakan nama ‘Siska Qirana’ memuat naik status di aplikasi WhatsApp dan mesej dengan seorang sarjan polis mendakwa dapat pulang berhari raya kerana mempunyai ‘kabel’. Tindakan itu mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati selain turut memberi imej buruk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, perkara yang dimaklumkan wanita terbabit itu tidak benar.

Dakwaan 'Kabel' Siska Qirana Tidak Benar, Ternyata Ayat Gadis Ini Buat Ramai Tertanya Tanya

“Kita sudah beri kelulusan kepadanya pada hujung April lalu selepas polis di Putrajaya memaklumkan taska wanita terbabit dipecah masuk.

“Kebenaran diberikan untuk dia menyelesaikan urusan berkaitan taskanya dan dia sudah bergerak ke sana (Putrajaya) pada 27 April lalu.

“Wanita terbabit juga sudah mendapat kelulusan untuk kembali ke daerah ini memandangkan anak-anaknya ditinggalkan di sini (Dungun) bersama keluarganya,”

– Baharudin Abdullah
Dakwaan 'Kabel' Siska Qirana Tidak Benar, Ternyata Ayat Gadis Ini Buat Ramai Tertanya Tanya

Baharudin berkata, tidak timbul isu layanan istimewa atau ada ‘orang dalam’ kerana kebenaran diberikan selepas menilai pelbagai perkara.

Menurutnya, pihaknya terkilan dengan tindakan wanita itu memuat naik status sedemikian sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang ramai.

“Kita tidak tahu mengapa dia bertindak sedemikian sedangkan kebenaran diberikan bukan kerana mempunyai orang dalam, sebaliknya atas dasar keperluan untuk membantu siasatan kes di Putrajaya,”

– Baharudin Abdullah
Dakwaan 'Kabel' Siska Qirana Tidak Benar, Ternyata Ayat Gadis Ini Buat Ramai Tertanya Tanya

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Isteri Arwah Abam Dedah Dapat Nama Anak Ketika Tunai Umrah

Ziana Zain Nafi Hasut Anak Jumpa Bekas Suami