in , ,

Isu Video Tular, Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Dayangku Intan & Diva AA

Di saat-saat negara sedang berdepan dengan penularan wabak COVID-19 yang begitu meruncing di dalam negara kita, timbul isu tular yang membabitkan petugas barisan hadapan dari Hospital Putrajaya dengan seorang selebriti terkenal di Malaysia iaitu Dayangku Intan.

Difahamkan Dayangku Intan juga ada memuat naik video menceritakan situasi yang berlaku diantara dia dengan pegawai perubatan dari hospital berkenaan di Facebook milikya. Menerusi video tersebut, penyanyi berkenaan berkata dia ada mengalami demam, sakit kepala, tekak dan badan. Menyedari simptom tersebut sama dengan simotom COVID-19, dia membuat keputusan untuk ke Hospital Putrajaya dengan tujuan melakukan pemeriksaan.

Namun sewaktu di sana, Dayangku mendakwa tidak menerima layan yang memuaskan dari pasukan petugas.

Sementara itu, selepas berita ini dihebahkan, Dayangku Intan telah menulis satu posting di Facebook:

Asalamualaykum,pada semua Yang menonton video saya terima kasih atas nasihat Dan cacian keatas saya, saya terima, saya tahu separuhnya tidak melihat pun video ITU mereka simpati pada frontliners bukan pada persakit, tapi… bila

Kita nak berubah jika tidak boleh Di tegur, saya Masih Di Dalam quarantine Masih Belum sihat sepenuhnya pada Yang marah saya tanpa usul periksa it’s ok Alhamdulillah,saya Akan bertanggung jawab atas apa Yang berlaku Dunia Dan akhirat Dan doa saya agar Kita semua Dilindunggi Dari segala bencana. Aameen

– Dayangku Intan via Facebook

Susulan dari video tersebut, pengacara terkenal Azwan Ali difahamkan telah bertindak berkongsikan video yang sama di Twitternya namun dalam masa sama bertindak menggunakan bahasa kesat berunsur cacian terhadap para petugas di hospital berkenaan

Isu Video Tular, Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Dayangku Intan & Diva AA

Merasakan imej mereka tercalar dengan isu terbabit, Hospital Putrajaya kemudiannya bertindak membuat laporan polis berhubung penularan video tersebut yang secara tidak langsung telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Isu Video Tular, Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Dayangku Intan & Diva AA

Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said dalam satu kenyataan pada rabu berkata isu berkenaan telah diperbesar-besarkan malah diselitkan dengan hamburan bahasa kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas.

Isu Video Tular, Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Dayangku Intan & Diva AA

Menurutnya lagi orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa. Malah katanya lagi, setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan ditetapkan sepanjang mengendalikan wabak itu.

Tambahnya lagi, penularan video sebegini hanya akan memberikan tekanan emosi kepada para petugas kesihatan, sedangkan pada waktu sebegni mereka seharusnya diberi sokongan moral dan kata-kata semangat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akhirnya Terjawab Rahsia Terjawab, Mira Filzah Dedah Asal Usul Namanya

Pengacara HLive Elly Ariffin Akui Sudah Bercerai dengan Jiggy Masin